Lepas makan di Kopi & Kueh by The Beach, kami terus balik rumah dan solat zohor di rumah je memandangkan tak jalan kemana-mana dah di Port Dickson. Dalam perjalanan sebelum sampai rumah singgah tu singgah di Stadium Paroi kejap nak membeli makanan untuk minum petang nanti.
Haritu dah beli takoyaki, takkan nak beli takoyaki lagi. Ubah selera beli makanan lain lah pula. Kami pilih singgah di Era's Kitchen ni. Ada banyak menu juga di banner tu.


Beli juga tauhu bergedil, ada 7 ketul bersama sambal kicap. Saya lupalah berapa harga dia sebab Encik Suami yang beli dan bayar. Isi tauhu bergedil pun banyak dan padat. Sambal kicap pedas biasa-biasa je. Tak pedas sangat. Tapi okaylah.


Beli 3 ketul popia big mac ni. 3 ketul RM10. Murah sikit daripada yang saya pernah beli sebelum ni di Taipan Senawang RM12 untuk 3 ketul.
Walaupun dia macam rentung tapi isinya sedap, penuh padat dan isi dagingnya banyak. Lupa pula nak ambil gambar keratan rentas. Lepas ambil gambar ni terus makan je. Sangat berbaloilah dengan harga, kesedapan dan kualiti.

Beli juga tauhu bergedil, ada 7 ketul bersama sambal kicap. Saya lupalah berapa harga dia sebab Encik Suami yang beli dan bayar. Isi tauhu bergedil pun banyak dan padat. Sambal kicap pedas biasa-biasa je. Tak pedas sangat. Tapi okaylah.

Big mac tu makan seketul je dah kenyang. Tambah pula makan tauhu bergedil, bertambah kenyang. Malam tu ulang makan lagi baki yang tinggal. Tak payah makan malam dah.
34 تعليقات
Berbaloi jugak makan sebiji dah kenyang. Nampak besar popia big Mac tu, tak perlu dah makan malam. Tauhu pun nampak sedap tapi sambal kicap tak pedas la pulak untuk pempedas macam Fiza, hihi. Ialah, takkan asyik nak makan takoyaki aje, sesekali kita tukarlah selera, hihihi.
ردحذفIyee..besar betul satu tu. Dahlah isi pun padat. Dapat sambal kicap yang pedas lagi sedap. Stok sambal kicap kat rumah dah habis lah pulak. Layankan je sambal kicap yang tak pedas ni.
حذفSatu lagi makanan viral yang belum rasa, popia Big Mac. Mana nak cari ni.
ردحذفHarap ada rezeki dapat jumpa dan mencuba nanti. Kalau tidak, ada masa boleh cuba buat juga.
حذفpernah beli tauhu bergedil kat situ gak...ok la..not bad
ردحذفYup, okaylah kan not bad. Kira boleh makan lah.
حذفlast week gi pasar malam jumpa big mac popia dia jual 4 RM10 tp sy tak beli. takut tak sedap hehehe
ردحذفkalau ada cili kat rumah bleh tambah sikit kat sambal kicap tu kasi kick pedas
Murah lagi tu RM10 dapat 4. Dia kalau tak teringin memang tak beli lah.
حذفMalas nak tambah cili, kita makan je. Stok sambal kicap habis pulak tu kan.
Pinggan Fizah cantik. Hehe... Akak sama dengan Mulan, tak pernah rasa lagi popia big mac.
ردحذفPinggan lejen mak saya, ambil untuk buat props gambar. hihi...
حذفTakpe kak Nur, kalau ada jumpa orang jual nanti boleh lah beli dan rasa.
Apa apa ja sekarang ni naik harga makanan..harus bagaimanan generasi selepas kita ya. Di Sabah popiah 2 ja RM 2.00 ada juga tempat lain 2 RM 1.50..mahal tau..apapun sekali sekala layan selera..boleh ja buat sendiri popia ni..
ردحذفBetul, semua naik harga. Kuih seketul pun dah naik RM0.70 sen. Sesekali okaylah kita boleh layan bila teringin. Nak buat sendiri modalnya besar juga.
حذفSelamat melayan selera.
ردحذفAlhamdulillah selamat sudah melayan selera tekak ni wak.
حذفCie pernah buat popia big mac tu tapi resipi derhaka sikit sedap jugak. Tak pernah nampak orang jual kat sini. Popia carbonara je banyak.
ردحذفTakpe resipi derhaka, janji menepati selera kita. Carbonara ramai orang jual, kadang dapat yang inti cair tu frust jugak. Popia macam ni kena makan panas-panas baru sedap.
حذفSedap Popia Big Mac...Pernah beli dulu..tapi terlajak masin..Hoho...
ردحذفAlamak, terlajak masin lah pulak. Potong selera nak makan kan.
حذفlama x gi stadium paroi tu..mcm2 ada jual kannn
ردحذفA'ah, macam-macam ada jual sekarang.
حذفsedap popia bigmac tu, cuma harganya huaaa... pastu bila masuk mulut rasa kejap ja da gone.
ردحذفtengah hari nanti cari tauhu bagedil tu pula. smlm da makan takoyaki. hiii...
Harga dia memang mahal sikit sebab isinya tu kan. hihi..Selamat mencari tauhu begedil.
حذفSaya pun begitu Fizah, kalau dah kenyang makan cemilan atau kudapan memang dah tak cari nasi. Konsep yang dipegang sekarang ini tak kisahlah makan apa pun, yang penting kenyang.
ردحذفYelah kan kak Amie. Saya pun macam tu. Tak kisah sangat dah. Asalkan ada makanan dan kenyang gitu.
حذفSedapnya popia bigmac ni! Dulu ada kawan jual, tapi now dah tak jual pulak. Sebijik rasa burger mekdi
ردحذفTapi harganya mmg agak mahal huhu
Kann harga tu memang mahal sebab intinya bukan modal murah. Dapat yang inti penuh padat dan sedap bestlah makan.
حذفharitu ada isteri anak buah jual popia bigmac tu 3 RM12. ammi tak belilah sebab rasa mcm mahal pulak
ردحذفHarganya memang mahal sikit Ammi sebab isinya tu modal besar.
حذفnasibaik sedap popia big mac walaupun nmpk rentung sedikit...tauhu begedil sedap juga tu
ردحذفA'ah. Rezeki rasa dia sedap walaupun agak rentung. Tak rasa rentung tu, tapi dah cover dengan rasa isinya yang sedap. Tauhu bergedil pun ngam rasa dia.
حذفMZ suka tauhu bergedil!
ردحذفYeay, samalah kita!
حذفDedua menu ni memang kena cicah sambal kicap tu baru puas makan ..
ردحذفBig Mac makan macam tu je pun dah sedap. Tauhu bergedil wajib ada sambal kicap baru sedap.
حذف