Balik dari Port Dickson Mini Zoo ingatkan nak lepak tepi Pantai kejap. Ambil angin petang. Kononnya nak pergi Pantai Poli walaupun tak tahu mana lokasinya. Tak pernah lagi pergi situ. Tengok dalam TikTok orang share macam cantik je.
Ombak pun tak berapa nak besar. Hempas-hempas manja gitu. Sejuk sikit sebab mendung. Ambil gambar pun kelam je macam kabus di hujung-hujung permandangan.

Sebelah kanan dan ramai, di tengah pun tak kurang meriahnya. Macam remaja-remaja ke student politeknik datang mandi-manda sebab politeknik je yang dekat-dekat Pantai Purnama ni.

Dah ramai-ramai tu malas dah lah nak turun, jalan-jalan di sidewalk ni je lah. Nun dihujung sana sebelah kiri pantai pun ada orang. Hujung sana tu tak silap pernah nampak dalam TikTok ada aktiviti menunggang kuda.

Malaslah pula nak jalan sampai hujung sana. Tak lama di sini sekadar singgah sebentar je. Patah semula dan beredar. Selain pantai Cermin, Pantai Cahaya Negeri, Pantai Teluk Kemang, Blue lagoon, Monkey bay tu mana lagi pantai yang menarik di PD? Sila komen.
Pantai Purnama ni antara pantai yang cantik di Port Dickson. Dulu hidden gem, sekarang dah diketahui semakin meriah ramai pengunjung datang berkelah dan mandi manda. Ada sidewalk, banyak pokok sepanjang pantai, redup sikit untuk berteduh.
Rasa macam lama betul tak datang Port Dickson ni walaupun tak jauh mana senegeri je. Sesekali datang ambil vitamin sea.
Tapi macam tak sempat, pergi Pantai Purnama je lah yang dekat dengan PD Mini Zoo. Cuaca agak mendung masa tu. Pergi je lah tengok kot-kot cuaca macam okay.
Sampai sana ada lah 2 3 tapak parkir kosong. Kat sini memang sentiasa penuh parkir. Orang ramai suka datang lepak, berkelah dan mandi di sini.

Ada juga orang memancing. Ni namanya sambil berendam sambil mancing. Boleh ek gitu? Dapat ke ikannya? Entah! Saya kalau tengok air pasang ni jadi seram. Mungkin sebab aquaphobia kot.
Lepas parkir, jomlah turun ke bawah. Kami tak turun tepi pantai sebelah kanan tu sebab macam penuhlah pula. Meriah sepanjang pantai Purnama ni petang-petang macam ni. Nampak macam air pasang sebab pantainya nampak sikit je.

Ada juga orang memancing. Ni namanya sambil berendam sambil mancing. Boleh ek gitu? Dapat ke ikannya? Entah! Saya kalau tengok air pasang ni jadi seram. Mungkin sebab aquaphobia kot.
Ombak pun tak berapa nak besar. Hempas-hempas manja gitu. Sejuk sikit sebab mendung. Ambil gambar pun kelam je macam kabus di hujung-hujung permandangan.

Sebelah kanan dan ramai, di tengah pun tak kurang meriahnya. Macam remaja-remaja ke student politeknik datang mandi-manda sebab politeknik je yang dekat-dekat Pantai Purnama ni.

Dah ramai-ramai tu malas dah lah nak turun, jalan-jalan di sidewalk ni je lah. Nun dihujung sana sebelah kiri pantai pun ada orang. Hujung sana tu tak silap pernah nampak dalam TikTok ada aktiviti menunggang kuda.

Pantai Purnama ni antara pantai yang cantik di Port Dickson. Dulu hidden gem, sekarang dah diketahui semakin meriah ramai pengunjung datang berkelah dan mandi manda. Ada sidewalk, banyak pokok sepanjang pantai, redup sikit untuk berteduh.
Rasa macam lama betul tak datang Port Dickson ni walaupun tak jauh mana senegeri je. Sesekali datang ambil vitamin sea.
34 تعليقات
Aduhai, peribahasa barulah, sambil berendam sambil memancing, hihi. Pada mulanya, kita terbayang Fiza pergi pantai malam² sebab ada perkataan purnama. Pergi pantai petang² memang elok nak nak pulak kalau air tengah pasang, rasa damai jiwa dengar bunyi ombak menghempas pantai.
ردحذفHihi...sebab sambil menyelam minum air tak boleh pakai dalam keadaan macam tu. Purnama memang sinonim dengan malam. Agaknya Pantai ni malam-malam cantik macam bulan Purnama kot, itu yang nama dia jadi Pantai Purnama. Bunyi ombak tu yang best tu.
حذفRasa macam x pernah pergi pantai Purnama tu...kena explore ni...
ردحذفKena pergi nanti kak. Cantik bersih juga Pantai ni.
حذفTenang dapat jalan2 tepi pantai...
ردحذفYa, tenang dan terapi jugak.
حذفBestnya jalan-jalan tepi pantai... kira macam vitamin kalau dapat ke pantai bagi akak
ردحذفSetuju tu Kak Dana. Satu terapi dan kadang kala kita perlukan vitamin sea tu. hihi...
حذفPernah sampai Pantai Purnama ni... Tapi sekadar singgah je la
ردحذفOh ye, tak silap pernah baca entry akak tu. Singgah pun ok pandang permandangan laut buat terapi.
حذفDah lama tak kena bayu laut ni. Tengok laut pun dah boleh buat jiwa tenang.
ردحذفBetul tu, sesekali memang kita perlukan vitamin sea tu kak Ezna.
حذفcantik nampak tenang jer
ردحذفYe, tenang melihat permandangan laut ni.
حذفLama tidak singah pantai-pantai di PD. Sebenarnya akak kurang peka pantai mana pernah singgah. Hehe.
ردحذفHihi..sebab kat sini banyak betul pantainya kan.
حذفSaya suka ke pantai waktu petang. Tak berapa panas dan nyaman jew suasananya dengan tiupan angin laut dan bunyi deburan air mengempas pantai.
ردحذفPertama kali ke PD waktu zaman sekolah, ikut rombongan tapi tak tahu pantai mana. Yang diingat ada batu-batu besar di tepi laut. Cantik!
Waktu petang memang masa terbaik untuk lepak di pantai. Tapi cuaca mendung ni tak berapa best sangat. Dia jadi macam kabur je rasa suasana tu.
حذفAlamak, tak tahu pulak saya kat mana pantai ada batu-batu besar yang kak Amie sebutkan tu.
Syok pi pantai tapi tu la ghisau kena ombak kuat.
ردحذفKalau ombak kuat kena dok jauhlah gitu. Masa ni ombak tak kuat, perlahan je.
حذفbest dpt healing kat pantai
ردحذفSangat best, terapi vitamin sea gitu.
حذفlamanya tk amik angin pantai
ردحذفAda masa nanti bolehlah pergi, berkelah ke healing tepi pantai ke kan.
حذفFoto suasana pantainya tampak indah dan cantik, Mbak.
ردحذفJadi kangen ingin main ke pantai karena melihat foto-foto pada tulisan Mbak ini.
Dari tempat tinggal saya sekitar 60 km ke pantai Palabuhan Ratu. Sudah lama saya tak berkunjung kesana.
Salam,
Suasananya tenang di waktu petang, permandangan pun cantik. Pantai di sana banyak yang cantik-cantik. Ada masa nanti bolehlah ke pantai sekali sekala.
حذفHahahahahha macam mana lah itu, mancing sambil berendam si Abang 😂😂. Tak dingin ke. Kalo mancing akn wajib sabar menunggu 🤭. Pernah dulu ex boyfriend saya hobi sangat memancing. Trus saya diajak lah. Sumpaaah saya bosaaaaaaaan sangat menunggu dia dapat ikan 🤣🤣🤣🤣. Memang bukan aktifitas fav saya
ردحذفHahaha. Boleh pulak kan sampai macam tu sekali perginya. Tak tahu lah dapat ke tidak ikannya.
حذفKalau jenis tak suka memang tak boleh masuk dengan geng kaki mancing ni. Kena sabar banyak. hihi...
Rindunya pantai di Port Dickson. KSarie duduk dengan atok di PD dari umur 10 - 15 tahun. Memang sakan mandi laut di pantai PD. Sejak atok meninggal pada 2018 udah jarang balik PD. Banyak kemudahan di pantai PD sekarang. Baca post ini buat KSarie rindu pula hendak balik PD.
ردحذفOhh Kak Sarie pernah duduk PD ye. Lama jugak tu, banyak kenangannya. Ya, sekarang pun dah ada macam-macam tarikan. Tak sempat nak explore more. Kena datang lagi. Sesekali nanti bolehlah balik PD KakSarie. Jangan biarkan rindu bertandang lagi.
حذفBanyak jugak pantai2 di PD.. view pun cantik, janji pantai terjaga dan bersih mesti ramai pengunjung luar yg datang
ردحذفYa, ada banyak cuma tak berkesempatan nak terjah yang lain-lain. Ada yang belum pernah jejak lagi. Betul, asalkan bersih mesti orang suka selalu datang.
حذفooo tak pernah tahu ada pantai bertebing mcm ni...
ردحذفsebelum2 ni gi PD terus je masuk pantai hehehe
Ada, nanti kalau ke PD datanglah singgah sini Pantai Purnama.
حذف