Ikutkan nak lajak je stay di Desaru sampai hari Sabtu tapi hari Sabtu saya ada appointment gigi. Nak tukar tarikh sabtu minggu depannya tak ada kosonglah pula. Malam tu pula Encik Suami ada janji nak main badminton dengan kawan-kawan dia.
Jadi, nak tak nak kenalah balik juga hari Jumaat. Kononnya nak jalan-jalan singgah di Pontian dan bermalam di Muar,pagi Sabtu tu terus pergi appointment. Baju pun ada bawa lebih.
Tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Tak jadi juga plan tu. Sebabnya rasa macam tak cukup masa nak explore Pontian dan Muar dalam masa sehari. Jadi, batalkan terus niat tu.
Ada rezeki di masa akan datang boleh pergi kedua-dua tempat tu. Nak pergi Mersing juga, explore negeri sendiri.
Bila plan A tak jadi, kita terus ke plan B. Singgah di Johor Premium Outlets (JPO) dalam perjalanan balik tu alang-alang lalu highway. Why not singgah kejap sebab kami berdua tak pernah sampai lagi.
Lalu dah banyak kali setiap kali pergi HSA & HSI, singgahnya tak pernah. Ini kalilah rezeki kami singgah.

Johor Premium Outlets
Mall di sini berkonsepkan terbuka (open-air) dengan reka bentuk berinspirasikan gaya Mediterranean, ada dua tingkat. Ruang laluan dia besar, tak ada lah bergesel bahu.
Tapi dengan cuaca panas, saya rasa agak kurang selesa nak berjalan di walkaway tu walaupun berbumbung. Lebih juga jalan di mall yang ada aircond.
Banyak jenama-jenama mewah di sini. Kami hanya mampu jalan-jalan dan memandang je. Seram woo tengok harga.


Christian Louboutin ni saya suka dengan kasutnya. Signature dia tapak kasut warna merah macam warna latar belakang logonya.

Ambil gambar sambil berjalan je ni. Nak masuk tak ada apa nak dibeli. Kita pusing pusing je lah mandang-mandang dari luar.

Kononnya kalau dah singgah JPO ni nak beli luggage di Universal Traveller. Tapi belum buka, coming soon ada terpapar depan kedai. Masih dalam proses renovate.
Kami pusing atas bawah, masuk Tumi masuk Samsonite tak kena dengan jiwa dan bajetnya. Lagipun jenama macam tu mana ada luggage warna pink. Saya nak cari warna pink masalahnya.

Pulanglah kami dengan tangan kosong. Eh, tak tangan kosong. Sempat beli kopi Zus Coffee sebelum balik buat bekalan dalam kereta. Itu je kopi yang menarik di sini. CBTL ramai orang malas nak tunggu lama.
Saya rasa, JPO bukan dunia saya. Saya kurang suka konsep mall macam ni. Panas uii..Seronok lagi jalan-jalan di MITSUI. Untung orang have-have bolehlah. Parkir tak sampai sejam pun dah RM6. Huh! Level kayangan ni.
20 تعليقات
Akk pernah sampai Desaru & Mersing longggggg time ago. Mmg ada plan nak revisit tempat² ni. Ada rezeki In Sha Allah sampailah kan.
ردحذفSemua barang berjenama, keras la harganya tu kan
Best tu kak kalau revisit. Kembalikan kenangan lama. Semoga ada rezeki sampai sini lagi. Yaaa..terlalu keras harganya untuk kita rakyat marhaen ni.
حذفJPO ni sy tgk dari highway je. kebetulan nampak dari dlm bas...
ردحذفhuiii kemain mahalll parkingnyaaa
Ya, kalau lalu highway nampak sikit JPO ni. Yeee..mahal nau parkirnya pun. Bukan tempat kita. huhu...
حذفJPO ni dekat jer dengan rumah akak, Fiza. Tapi, samalah macam Fiza, kurang gemar jalan di sini sebab panas. Nak rasa sejuk, kena masuk semua kedai satu² la. Tapi jenis akak, tak membeli memang tak masuk. Memang jarang membeli pun, betullah tu, kayangannn. Kita awangannn, hahahaha.
ردحذفOhh dekat je ye. Nak pergi JJCM Spazzo Artisanal Fresh Pasta tu kononnya tapi rasa macam jauh lah pulak. Betul tu, nak sejuk kena masuk satu-satu. Tapi siapalah kita nak masuk satu-satu tu kan. Dahlah tak beli barang. Tengok-tengok pun seram. Samalah kita, kalau tak membeli mana mahunya nak masuk kedai, segan! Yee, kayangan amat.
حذفBetul Fizah. Tempat begini sesuai untuk orang have-have sahaja. Orang bargain lebih gembira dan meriah shopping di mall biasa.
ردحذفYe, benar sekali tu kak Amie. Shopping biasa pun lebih selesa ada fully aircond lagi.
حذفPernah lalu tepi jalan nampak dari jauh. Tak pernah masuk lagi sini.
ردحذفSaya pun baru pertama kali masuk. Sebelum ni tengok dari jauh jugak.
حذفYg di KL itu Mitsui kan?? Factory outlet begini fav suami saya kaaaak 🤣🤣🤣🤣. Saat di Boston, gigih dia nak kliling toko2 fav dia lah. Sampai borong banyak jadinya.
ردحذفTrus Nov kami kan nak ke KL, dia dah pesan ke saya, nanti WAJIB mampir factory outletnya, ada something dia nak beli. Ya Allah, masalah nyaaaa, di Dekat jakarta pun ada yg seperti ini 🤣🤣🤣🤣🤣.
Tak paham lah saya kenapa harus sangat beli di KL 😅.kalo saya memang lebih suka brand lain, dan kebetulan tak ada di factory outlet begini
Betul, dekat area KLIA tu MITSUI. Kalau dah favourite dia pergi mana-mana mesti kena pergi jugak kan. Hihi..dah pesan siap-siap ye. Lain tempat lain suasananya Fanny. Layankan saja.
حذفKalau ada favourite Fanny mesti nak masuk jugak nanti.
Memang heaven untuk kaki shopping, wallet pun kena ready 😅
ردحذفUntuk kaki shopping yang ada-ada tu memang heaven lah. Untuk kita tak berapa nak ada, tak berapa nak best.
حذفKalau terbaca pasal kasut Christian Louboutin mesti teringat dekat Carrie dalam cerita SATC sebab dia suka betul kasut ni. Outlets macam ni buat cuci mata sambil membilang langkah dan menahan terik mentari begitu. Bukan target clients deme kita-kita ni 😅
ردحذفSaya tak pernah pula tengok cerita tu KakSarie. Betullah tu, untuk kita hanya sekadar mampu window shopping je lah dari luar.
حذفSaya pernah pergi JPO sekali tapi tak beli apa pun masa tu. Yang di Melaka dan Mitsui Sepang tu memang ramai orang shopping, hampir semua balik bawa barang.
ردحذفBtw, silalah ke Mersing, nak buat day trip pun boleh tapi saya suka menginap di sana. Seronok mandi air laut yang jernih.
Melaka saya belum pernah lagi, biasa ke MITSUI je. Betul tu, mostly ada barang yang boleh dibeli.
حذفMersing tu dalam wishlist. Cuma tak dapat nak merancang lagi bila nak perginya tu.
Akak pi banyak kali dah JPO ni...kadang balik tangan kosong kadang ada la bawak 1-2 barang...ada beli bag sembonia tp mana erk bag tu...ahahaha....lupa plak...
ردحذفAhh sudah..mana letaklah beg tu kak. Kena pergi cari cepat sebelum terlupa lagi. Akak selalu balik JB bolehlah singgah selalu kan. Tak tahu lah apa nak dibeli kat sini. Semua tak kena dengan bajet. Nak masuk setiap satu pun macam segan nau.
حذف