Setelah 2 tahun lebih setia bertahan dengan produk jenama Moist, Diane saya bercadang nak tukar kepada jenama &honey pula. Juga produk dari Japan. Ini semua pengaruh dari TikTok punya pasal. Saya baca reviews semua postif. Why not kita cuba.
Saya pun tengah mencari produk penjagaan rambut yang baru shampoo & conditioner yang sesuai dengan cuaca panas ni. Sebabnya akhir-akhir ni Moist, Diane tu macam tak sesuai dah. Tak pastilah kenapa. Sebab production ke, ingredients ke.
Memandangkan saya punya treatment (conditioner) Moist, Diane tu dah nak habis. Beli stok shampoo & treatment siap-siap.
Saya beli di Watsons yang kebetulan tu ada harga promosi. Dapatlah beli murah sikit daripada harga asal. Tiba-tiba masa nak bayar, dapat free gift beg yang comel tu.
Kalau beli shampoo, kenalah beli treatment sekali. Tak pandai kalau pakai shampoo je. Nanti rambut jadi kering dan tak terurus. Jangan lupa pakai serum juga. Saya masih setia dengan
NEEDS Keratin hair spray serum.
Tapi macam nak bertukar hair oil jenama &honey juga nanti. Pakai satu jenama je senang gitu. Pakai tiga-tiga produk, tak perlu guna sikat dah. Guna jari pun boleh tak tersekat di skala 6.

Step 1.0: &honey deep moist shampoo
Teskturnya pekat likat. Baunya tersangatlah wangi, bau madu tu kuat juga. Bau manis-manis. Best betul. Tak perlu pakai banyak pun. Pakai sikit je dah mampu menghasilkan buih yang banyak dan boleh bersihkan kulit kepala secara keseluruhannya.
Gosok pada kulit kepala ye, jangan sampai kehujung rambut. Nak bilas pun senang, sekali dua bilasan bersih dah. Senang cuci rambut tak guna banyak air. Rambut pun wangi ya amat! Bukan tu je, siap dengan pakej dapat rambut lembut juga. Wah, ini sudah bagus.
Step 2.0: &honey deep moist treatment
Lepas bilas dan perahkan air rambut tu. Barulah sapukan treatment pada tengah sampai hujung rambut. Treatment pun saya pakai sikit je untuk setengah rambut sampai ke hujung. Jangan pula dilumur satu kepala. Salah tu.
Tekstur treatment ni tak pekat sangat tapi guna sikit pun dah boleh cover bahagian rambut yang sepatutnya letak treatment.
Treatment pun senang bilas dan tak meninggalkan sisa-sisanya.
Dua-dua pun jenis senang bilas. Lepas pakai treatment auto rambut jadi lembut dan senang diuruskan tak perlu sikat dah. Biarkan kering semulajadi. Selepas saya pakai beberapa kali, saya perasan rambut pun kurang gugur.
Biasanya kalau cuci pun rambut akan gugur banyak kan. Sekarang dah berkurang dah. Kesimpulannya, tak rugi mencuba sebab dapat rambut yang lembut, wangi, terurus dan rambut kurang gugur. Kulit kepala tu tak gatal.
Kalau beriadah berpeluh rambut pun tak bau kepam, bau wangi manis madu. Nice nya! Kenapalah tak tahu dari awal. Ini yang tak sabar nak beli hair oil &honey juga.
Freegift, knitted bag + beg charms 1's
Comel betul beg ni untuk simpan hair products. Dapat percuma dengan setiap pembelian RM88 dan ke atas untuk produk penjagaan rambut.
Dapat sekali dengan charms yang comel ni. Kiyowo! Promosi freegift untuk produk penjagaan rambut (hair care product) ni bermula 31 Julai sehingga 3 September 2025. Kalau berminat, bolehlah buat pembelian sementara stok masih ada.
Saya bagi 5 bintang untuk produk ni. Harap kekalkan kualiti supaya saya tetap setia bersama awak.
32 تعليقات
Mencari product rambut 3 in 1. Hhmm ni lah spesis malas pakai banyak2 jenis. Dah try, alih2 shampoo yang habis dulu. Adik2 nya penuh botol lagi.
ردحذفHihi..adik-adiknya tak berusik lambat sikit nak habis ye. Faham sangat tu.
حذفsis pusing2 pun tetap balik ke head n shoulders.. mungkin itu kot yang paling serasi dengan sis untuk control masalah dandruff ni.. pernah guna shampu lain, rambut ok tapi masalah dandruff pulak yang x selesai2..
ردحذفKalau dah serasi tu okaylah tak perlu tukar yang lain dah.
حذف2 tahun setia, dah tak berkesan kot..hihihi...
ردحذفlinda tak reti pakai treatment, sebab rasa macam lama pula dalam bilik mandi,hahha
Hihi..tulah tu, kadang ada batch yang tak okay kot.
حذفKalau dah pakai cuci rambut pakai treatment memang lama sikit mandi.
ammi terus google...auwwwww menangis tengok harga.
ردحذفAda sale, dapat murah sikit Ammi.
حذفalamak omeinya packagingnya...free gift pun omei
ردحذفHihi..packaging dan free gift seiring sejalan sama-sama comel.
حذفhoney pn ada versi syampu ye...biasa tgk body wash je
ردحذفAda, best baunya dan hasilnya pun bagus.
حذفCute betul packaging dia. Produk yg dari jepun ni selalu bagus2. Last best dpt pulak freegift comel 😆
ردحذفYg treatment tu pakai everyday ke atau selang2? Pastu after pakai treatment tu kena tunggu berapa minit ke atau terus boleh bilas?
Betul, suka pakai produk dari sana. Bagus jaga kualiti. Untung juga dapat free gift comel tu.
حذفSetiap kali shampoo kena pakai treatment. Biasanya saya pakai 5 minit je, lepas tu bilas.
Bagus lah kalau jumpa syampu yang serasi. Dulu saya pernah guna perapi selain syampu.
ردحذفBetul. Sekarang tak pakai dah ke?
حذفSaya nih kalo bab shampo dan sabun mandi, memang susah. Sebab sensitif kulit kepala saya. Jadi saya harus pakai produk shampo yg non SLS, non Paraben , non sulfate.
ردحذفKalo tak, pasti gatal. Sabun mandi juga begitu.
Makanya kalo shampoo saya pakai miss Daisy dengan conditioner sekali, dan sabun pula pakai Castille soap. Yg memang utk kulit sensitif macam saya.
Susah kan kalau nak cari yang sesuai. Dahlah pack semua satu saiz je. Lagi susah kena try and error. Bagus cari produk yang non SLS, no paraben dan non sulfate tu, jaga untuk keselamatan diri kita juga sebab nak guna harian kan.
حذفUntung kalau dah jumpa yang sesuai.
Saya hanya pakai apa sahaja shampoo yang dibeli wife dalam rumah ni hahaha.. :D
ردحذفLelaki ni senang je, pakai je apa yang ada kan.
حذفMacam nenarik jew jenis shampoo ni Fizah. Rambut memang perlu penjagaan rapi. Free giftnya tu pun comel!
ردحذفMenarik sangat sampai saya pun terbeli. Hasilnya pun bagus kak Amie. Tak tahu pun ada free gift. Dapat masa buat pembayaran. Memang comel.
حذفBoleh cuba nampaknya ni. KSarie tak tau dah nak cuba produk apa untuk rambut ni. Dia punya gugur tu dah macam nak botak tak lama lagi🥲Terima kasih atas perkongsian ini
ردحذفSilakan mencuba. Kot serasi dan hasilnya positif.
حذفapakah daku juga perlu beralih arah?
ردحذفbotol cantik, gift pun comey, bau wangi... cukup pakej.
Hihi...Jom bertukar. Ye, pakej lengkap tu yang best tu.
حذفMZ pakai brand loreal jer tu pun tak berapa rajin laaa bab2 treatment selain syampoo ajerrr
ردحذفHihi..kalau dah biasa guna shampoo dan okay, then okay je macam tu. Ikut senang masing-masing.
حذفboleh tahan juga ya harganya...
ردحذفsy masih tak dapat conditioner yg sesuai
asik gatal je jadinya..
Ya, harga dia boleh tahan juga tapi kalau kualiti bagus okaylah. Pakai pun sikit-sikit je dah okay. Boleh cuba yang ni. Jangan pakai terlalu dekat dengan kulit kepala.
حذفCantik laa botol syampoo & botol treatment tu .nampak mahalll ..
ردحذفCute je kan. Harga boleh tahan juga tu. Tapi kita tengok jauh mana dia boleh pergi. Kalau okay boleh konsisten.
حذف