Lamanya berehat dari buat aktiviti brisk walk, slow jogging dan hiking. Encik suami maintain workout dirumah. Saya je yang lama berehat akibat alahan kulit muka sejak Februari tahun ni. Bila Encik suami bosan workout dirumah, diajaknya ke KOMBES (Kompleks Belia Dan Sukan) Paroi.
KOMBES ni tak pernah tak meriah. Sentiasa ramai orang beriadah pada waktu malam. Suka pergi waktu malam sebab sejuk sikit.
Saya cakap dengan Encik Suami nak brisk walk leha-leha je. Malas nak pulun sangat sebab dah lama tak bersenam kaki kan. Nanti otot terkejut injured pula.
Brisk walk in malay, berjalan laju. Berjalan dengan laju tapi bukan berlari. Brisk walk pace ikut tahap kecergasan masing-masing. Tak perlu nak kejar pace sangat macam berlari asalkan dapat buat aktiviti senaman kardiovaskular yang baik untuk jantung dan sistem peredaran darah. Selain tu kurang berisiko berbanding dengan senaman berlari yang berimpak tinggi.


Saya pun setuju je lah rasa macam dah okay sikit keadaan kulit ni. Tapi tak apa, kita cuba. Awal tahun lepas masa aktif beriadah pun kami mulakan brisk walk di KOMBES.
Macam biasa lepas solat Maghrib terus berdesup ke KOMBES. Suka pergi awal sebab masih belum ramai. Konsepnya cepat pergi dan cepat balik.

KOMBES ni tak pernah tak meriah. Sentiasa ramai orang beriadah pada waktu malam. Suka pergi waktu malam sebab sejuk sikit.
Saya suka brisk walk di KOMBES ni. Lebih selamat, lebih semangat, balapan pun best lembut je dipijak. Taklah sakit kaki walaupun ada cushion dalam kasut.
Haritu pun tak semua lampu dibuka. Malap sikit. Dan signboard KOMBES pun tak dibuka lampunya. Agaknya tak ramai orang, kurangkan penggunakan lampu kot.
Saya cakap dengan Encik Suami nak brisk walk leha-leha je. Malas nak pulun sangat sebab dah lama tak bersenam kaki kan. Nanti otot terkejut injured pula.
Brisk walk
Kami tak buat regangan sebab biasanya jalan perlahan dulu untuk pusingan pertama. Tapi saya terus pulun jalan laju, pusingan ketiga dah mengah. Apooo...

Tiba-tiba pula hujan rintik-rintik air bergelora. Ingatkan nak berhenti, tapi sayanglah pula baru sampai. Kita ni baru nak semangat. Lenjan jugalah brisk walk sampai 5 pusingan. Cukuplah untuk rekod permulaan saya.

Saya berhenti lepas 5 pusingan dan duduk perati Encik suami berlari sampai 10 pusingan. Hujan pun semakin riang turun. Tapi tak lebat. Masih ramai berlari dan brisk walk di balapan. Masing-masing semangat. Bagus!
Ikutkan nak juga teruskan tapi boleh pula dia bagi salam perkenalan, kaki melecet pula belakang buku lali tu. Tak pernah-pernah melecet pun haih.
Kasut pun merajuk dah lama tinggalkan dia. Blacky si Adidas Adizero SL W kasut running ni rekod dia baru 13.98km. Jauh lagi perjalanan dia.
Harap semangat tak hilang lah. Entah bilalah pula nak kembali hiking.
44 تعليقات
Wahhh, bestnya boleh brisk walk atas balapan, rasa macam lari atas karpet. Steady aje walaupun tak warm up ya, mula2 gerak pelan2 dulu, tapi dia terus laju tu. Bukan tadi kata nak leha2 aje ke? Hahaha.
ردحذفA'ah gerak perlahan dulu taknak bagi terkejut segala otot dan urat. hihi...terlajak laju pulak semangat lebih. hahaha...
حذفdi tempat saya belum meriah lagi untuk riadah waktu malam di outdoor kecuali indoor...semoga terus istiqamah melakukan aktiviti sihat sebegini
ردحذفMungkin kemudahan indoor je yang ada kot? Harap begitulah. InshaAllah...
حذفTerima kasih.
Tiba rasa teringin nak briskwalk atas trek gitu.
ردحذفArgh, sudahlah berangan Syasya, bw kat taman pun asyik delay ja, adeih! meh bagi semangat sikit.
Best macam berlumba-lumba gitu baru semangat. hihi...
حذفTinggalkan berangan dirumah, jomlah kita!
Yeay kembali berjalan laju. Moga melecet itu tidak patahkan semangat Aphizha.
ردحذفYeay! Tak mematahkan semangat. Akan kembali lagi.
حذفNanti nak cuba brisk walk kat KOMBES tu la...alaaaa....melecet plak kaki...mesti pedih tu
ردحذفJom kak lepas Maghrib. Sikit je belum tahap pedih teruk lagi. Tapi rasa lah melecet dia tu. huhu...
حذفRamai yer briswalk malam2...dapat briskwalk malam dekat kompleks sukan mcm ni x der la rasa takut...
ردحذفKat KOMBES Paroi ni memang sentiasa meriah ramai, banyak aktiviti sukan lain juga. Betul, lebih selamat juga.
حذفSeronok beriadah di tempat proper gini kan. Lebih selamat dan bersemangat sbb semua datang nak beriadah.
ردحذفBetul, lebih selesa, selamat dan semangat gitu bila dah ramai-ramai macam ni.
حذفtak jadi leha-leha la gitu, sampai kaki melecet haa...
ردحذفmeh nak semangat sikit, sebab angan2 balik kerja nak tukar baju nak buat BW, tapi..selalu berakhir dengan bergolek2 atas tilam je.. hahaha
Hihi..tulah tu, terlajak laju pulak. Jom! pasni kita semangat brisk walk.
حذفbest if dpt konsisten briskwalk ni
ردحذفBetul, nak konsisten tu yang payah sikit tu. Tapi kita cuba jugaklah.
حذفKira permulaan yang bagus tu Fiza, dapat brisk walk 30 minit.
ردحذفMeriahnya orang yang datang, jadi semangat.
Mudah-mudahan, inshaAllah. Ye, sini sentiasa meriah Kak Ujie. Nanti balik Nismilan, bolehlah cuba datang beriadah di sini.
حذفwah briskwalk malam...akak briskwalk atas treadmill je dlm umah...tp lama dh tk briskwalk
ردحذفA'ah brisk walk malam. Sejuk sikit. hihi...Best tu ada treadmill senang tak perlu keluar rumah.
حذفTahniah, Fizah, dan semoga dapat konsisten brisk walk. 💪👍
ردحذفSeronok juga bersenam waktu malam, takde matahari, jadi kulit tak hitam. Eh. Hehe..
Kat stadium pula tu, soft landing. Bagus untuk lutut bagi yang sudah berusia dan overweight.
Baru bermula je ni kak Nur selepas lama berehat. A'ah sejuk sikit kan waktu malam. Kurang sikit panas dia tu kan. Yup, soft landing kurang risiko sikit.
حذفSaya belum pernah mencoba berjalan kaki malam hari nih Mbak. Selalu saya jalan kaki pagi saja.
ردحذفDisini istilah brisk walk kurang populer, lebih sering disebut jalan kaki cepat saja.
Jalan yang diinjak berwarna merah, sama dengan jalan di Lapang Merdeka. Terasa sedikit empuk ketika diinjak.
Semoga konsisten ber-brisk walk Mbak.
Salam,
Kalau macam Abah Titik Asa ada masa waktu pagi, lagi best waktu pagi udara masih segar. Oo disana panggil jalan kaki cepat je ye. Betul, lebih sedap memijak di balapan yang lembut.
حذفBaiklah, terima kasih.
Malas betul dah sekarang nak excercise. Semangat sentiasa tenggelam timbul 😅
ردحذفMungkin sebab sibuk kot. Kadang sibuk, tu yang jadi terbantut semangat tu. Takpe, boleh buat weekend.
حذفSaya sukaaa brisk walk begini, tp belum pernah coba malam hari. Nanti pas ke Malaysia Nov ini, dah niat kak nak brisk walk di kawasan Putrajaya, sebab saya menginap di sana. Soalnya tiap baca tulisan teman2 yg sering briskwalk di Putrajaya nampak menariiik tempatnya ❤️❤️
ردحذفDi Putrajaya pun meriah juga. Lagi best banyak tempat riadah yang menarik di sana. Kena survey dulu Fanny, nanti senang tak perlu mencari dah.
حذفBerbunga-bunga hati KSarie bila baca pasal aktiviti brisk walk kawan-kawan. Aktiviti ini yang Dr ada cadangkan untuk KSarie yang lututnya sakan terpleot nih ha. Brisk walk waktu malam lebih santai sebab sejuk ye. Seronok ada geng brisk walk sama kan?
ردحذفAlhamdulillah...Kadang dapat semangat juga kan dari orang lain yang bersemangat. Betul, kalau malam sejuk sikit tak terdedah cuaca panas. Seronok ada geng. Jom Kak Sarie kita brisk walk.
حذفKalau dh start jog atau brisk walk memang kena kerap buat kalau tinggal lama auto jd semput
ردحذفBetul, sebab lama berehat ni lah dia macam mengah sikit.
حذفmula-mula saya ingatkan briswalk tu mini jogging.. rupanya jalan laju-laju mcm saya biasa buat bila pergi berjalan dekat KL dengan public transport.. haha
ردحذفKira dah biasa buat dah lah tu kan. hihi...
حذفBrisk walk ni memang uncle punya target.... Tapi macam biasa... Target tinggal target... hehehhee
ردحذفJom sama-sama capai target uncle.
حذفBriskwalk ni kiranya kategori senaman paling mudah dan semakin digemari ramai. Makin sihatlah hendaknya rakyat Malaysia kalau rajin amalkan aktiviti begini.
ردحذفBetul tu kak Amie. Rajin tak rajin je kan.
حذفhaihhh time bersemangat nak briskwalk hujan pula yaaa...
ردحذفtak pe kalau jarak x byk janji kita buat kannn
Itulah tu, baru nak semangat tiba hujan pulak. Janji dapat bersenam kejap.
حذفAmmi pun leaps lama tak briskwalk...akhirnya Sabtu lepas paksa juga diri buat. Tapi ammi kurang suka BW di KOMBES sebab ammi bosan pusing ditempat sama. Rasa pening pun iya (alasankan...). Tapi kalau anak-anak insist nak pergi sbb dorang nak main bola...pergilah juga.
ردحذفBiasa Ammi briskwalk kat Tasik ye. Lain pulak preference kita. hihi...
حذف