Musim durian ni, macam-macam menu durian muncul di media sosial. Salah satu makanan kegemaran ramai, serawa durian dan pulut. Lama uii tak makan serawa durian dan pulut. Bertahun juga rasanya tak makan.
Serawa durian vs pengat durian. Apa beza dia? Sebenarnya sama je, cuma panggilan berbeza di sesetengah tempat.
Kita ni taklah teringin sangat. Kalau ada, kita makan. Kalau tak ada, taklah sampai teringin. Kebetulan minggu lepas, rezeki dapat serawa durian dan pulut pemberian dari anak buah encik suami yang bakal bertukar tempat kerja.
Jadi sebagai hadiah penghargaan pada boss, dia bagilah serawa durian dan pulut. Encik suami bawa balik rumah, dapatlah saya merasa juga. Makan kongsi berdua buat rasa-rasa.

Banyak serawa duriannya, berlebih makan dengan pulutnya. Serawa durian yang sedang elok manisnya. Tak manis sangat. Ngam dengan pulutnya yang kurang rasa. Kalau makan pulutnya saja, rasa tawar. Jadi, lebih sedap dimakan dengan serawa durian.

Serawa durian makan dengan apa? Serawa durian ni kalau tak dengan pulut, dengan roti pun sedap. Kuah serawa durian yang lebih, kami cicah dengan roti. Alhamdulillah, dapat juga merasa serawa durian di musim durian ni. Terima kasih kepada yang memberi.
Serawa durian vs pengat durian. Apa beza dia? Sebenarnya sama je, cuma panggilan berbeza di sesetengah tempat.
Kita ni taklah teringin sangat. Kalau ada, kita makan. Kalau tak ada, taklah sampai teringin. Kebetulan minggu lepas, rezeki dapat serawa durian dan pulut pemberian dari anak buah encik suami yang bakal bertukar tempat kerja.
Jadi sebagai hadiah penghargaan pada boss, dia bagilah serawa durian dan pulut. Encik suami bawa balik rumah, dapatlah saya merasa juga. Makan kongsi berdua buat rasa-rasa.


Serawa durian makan dengan apa? Serawa durian ni kalau tak dengan pulut, dengan roti pun sedap. Kuah serawa durian yang lebih, kami cicah dengan roti. Alhamdulillah, dapat juga merasa serawa durian di musim durian ni. Terima kasih kepada yang memberi.
Resipi serawa durian dan pulut ni mudah je. Bahan pun tak banyak. Masuk buah durian, santan, gula merah dan garam sikit. Nak manis lagi letak gula pasir. Tapi bab nak masak pulut tu leceh sikit sebab ambil masa. Tapi kalau datang rajin dia, semua jadi mudah.
Bila malas, semua jadi susah. Kann...
Musim durian ni belum makan durian lagi. Nak durian udang merah. Tapi malas nak mencari. Ikut mood dan masa teringin. Kalau teringin nanti baru pergi cari.
30 تعليقات
Lamanya menghilang.
ردحذفSerawa duyan, kita suka mkn dgn roti.
Berehat seketika selepas rimpuh.
حذفMakan dengan roti pun sodap, tanpa sedar dah berkeping-keping makan. hihi...
Sedapnya makan serawa durian dengan pulut. Pulut tu kalau ada rasa masin² dan lemak² sikit, ngam dengan serawa yang manis, tapi ada jugak yg masak pulutnya kosong tak berasa sebab serawa dah manis kan. Bagus dia kasi lebih, tahulah tu nanti Fiza boleh makan dengan roti.
ردحذفBetul betul, kalau ada rasa masin dan lemak² tu sedap. Tapi yang tak berasa pun okay je. Janji serawa durian tu sedap. Nanti kalau cukup-cukup pulut macam tak best pulak kan. Untunglah dapat lebih sikit.
حذفbab pulut tu betul sangat.. sebab mak sis jenis yang sensitif dengan pulut yang tak cukup masak.. mau sakit urat kalau tersilap makan.. huhu..
ردحذفKalau pulut tak masak tu bukan setakat sakit perut, nak makan pun tak boleh sebab masih keras kan. Susah juga nak masak pulut ni, kena betul-betul masak elok.
حذفpai tadi baru masak pulut juga, malam tadi buat serawa...masak nasi tu, letak pulut atas tu sekali...nasi masak, pulut pun boleh makan...jadi sarapan hari nie, pulut dengan serawa durian.. hihihi
ردحذفNampak macam mudah je tu cara masak pulut guna rice cooker. Kiranya kukus lah kan. Buat sendiri serawa durian dan pulut tu boleh ulang-ulang makan.
حذفa ha...ibarat kukus la...selalu guna pengukus...nie guna rice cooker yang tengah nak masak nasi...wap panas tu pun dha cukup, lagipun, kalau nak makan dengan serawa nie, selalunya linda dah rendam dulu pulut dan kukus pulut..baru ngam nak letak serawa..kalau nak makan dengan sambal bilis ke, yang tu plut nya linda tanak macam msak nasi tu, letak minyak sikit.
حذفoo macam tu. Betul, masak pulut kena rendam lama bagi kembang dulu nanti cepat masak sikit kan. Terima kasih share tips.
حذفUishh… dapnya! Serawa durian akak memang suka yang tak terlalu manis. Boleh enjoy hirup kuahnya lebih sikit. 😊
ردحذفSetuju tu Kak Farrah, yang tak manis sangat tu kita akan enjoy makan dan terlebih makan. hihi..
حذفAkk kalau kuah durian ni makan gitu je pun licin hihi
ردحذفbetul-betul peminat tegar durian ni. Durian, buat apa pun sodap kan. Siapa je nak tolak.
حذفmemang musim durian ni penuh dengan durian je cerita...hihihi sebab antara buah paling popular dalam malaysia
ردحذفItulah tu, penuh dengan cerita durian je sekarang. Raja buah kan, haruslah popular dan jadi idaman ramai penggemarnya bila tiba musim.
حذفlast week saya ada makan serawa durian!my fav!!
ردحذفFavourite ramai ni. Untung dah merasa di musim durian ni kan. Tak ada lah kita teringat-ingat.
حذفdah musim durian kalau tak de pulut serawa rs mcm tak lengkap je hidup org malaysia ni ehehehe
ردحذفbaik bosnya berkongsi rezeki
Kannn...mesti nak kena ada. Kadang orang bosan juga makan buah sahaja. Nak juga jadikan menu lain. Tapi kalau saya, tak sempat buat apa buahnya dah habis dulu. hihi..Bukan boss bagi, tapi anak buah bagi boss.
حذفSini panggil pengat. Dulu bila dengar orang sebut serawa, tiba-tiba jadi bingung. Rupanya nama lain bagi pengat. 😂
ردحذفYa, di Pantai Timur memang panggil pengat kan. Hihi...Nasib baik sekarang dah tahu kan. Tak ada lah terpinga-pinga lagi.
حذفsedapppppnyaaaa
ردحذفPulut dan serawa durian jarang tak sedap.
حذفSerawa durin dengan pulut memang sedap, tapi bertambah sedap kalau orang bagi kan Fizah hehehee.
ردحذفHaa yang tu memang betul kak Amie. Kita hanya menikmati saja kesedapan tu. Heee...
حذفSedap sekali itu Mbak.
ردحذفMakan pulut dan dicelup dahulu ke adonan durian.
Pulut disini namanya ketan. Ada ketan hitam dan ketan putih. Dijadikan menjadi semacam nasi, atau diragi sehingga menjadi tape.
Salam,
Alhamdulillah sedap. Ya, makan pulut bersama kuahnya.
حذفKalau di sini, pulut hitam boleh dijadikan ketupat palas, lemang atau bubur pulut hitam. Yang putih pula bermacam-macam menu boleh diolah. Lemang, ketupat, pulut kuning, pulut ayam, tapai dan macam-macam lagi.
Saya sukaaaaa Serawa iniii. Tp kalo di sini biasa dimakan dengan serabi. Lalu siram kuah Serawa durian . Tp dengan pulut pun sedap. Di kampung saya malah biasa dengan pulut makannya
ردحذفPertama kali dengar serabi. Terus google. Oo macam pancake gitu ye. Sedap juga tu. Macam makan dengan rotilah kiranya kan. Saya suka makan dengan pulut atau roti. Serabi tu macam menarik juga kan.
حذف