Teringin nak makan puding jagung. Sedapnya kalau dapat buat minum petang kan. Saya buat awal pagi, jadi petang nanti bolehlah makan. Saya guna resipi puding jagung paling mudah dan sedap, confirm jadi!


Biar rupa mu tidak ku kenang, tapi rasanya enak sekali. Sedap gabungan jagung manis, susu cair berkrim dan butter. Saya suka letak butter berbanding marjerin. Ada orang tambah santan juga. Tapi saya tak letak, saya suka versi macam ni. Ringkas tapi sedap.

Dapatlah satu bekas puding jagung lemak manis kami makan berdua. Boleh buat stok untuk 2 hingga 3 hari juga ni. Simpan elok-elok dalam peti ais, tahan lama lah dia. Makan sejuk-sejuk barulah sedap.
Cara buat puding jagung berkrim berlemak dan tak manis sangat, bolehlah ikut cara ni. Tekstur puding dia pun lembut je. Ala-ala kaswi gedik gitu.
Resipi dan cara baut puding jagung paling mudah dan sedap. Confirm Jadi!
Bahan-bahan puding jagung guna 7 bahan je
- 1 tin jagung manis ala krim (sweet corn cream style)
- 1 tin susu cair (evaporated creamer)
- 1 tin air (sukat guna tin susu cair)
- 9 sudu besar tepung kastard
- 9 sudu besar gula (kalau nak manis boleh letak lebih sikit)
- 1 sudu butter
- secubit garam
Resipi puding jagung guna sukatan yang mudah je. Tak perlu guna sukatan cawan bagai. Cara buat pun ringkas dan senang faham.
Cara buat puding jagung
- Satukan semua bahan dalam periuk/kuali. Kacau rata untuk elakkan adunan berketul.
- Setelah kacau rata letak atas dapur dan hidupkan api. Gunakan api yang perlahan.
- Kacau sampai adunan pekat. Kalau pekat dan ada meletup-letup tu, dah boleh tutup api dan tuangkan terus adunan dalam bekas yang sesuai.
- Biarkan sejuk dulu, baru masuk simpan dalam peti ais.
- Agak-agak dah keras dan sejuk, bolehlah dihidangkan.
Kejadian puding jagung saya. Lembut dan lemak manis jagung terasa. Cuma potongan dia tak berapa nak estetik. Sebenarnya dia tinggi sikit tapi disebabkan dia lembut. Tak stabil nak berdiri. Jadi, saya potong sikit tebal dia tu. Barulah dapat dipotretkan dengan elok.

36 تعليقات
Sedapnya..akak dah buat hari tu..ni weekend ank buat agar2 sumi jelly tu plak..bahan beli dah lama...buat blom lagi
ردحذفSedap tu agar-agar sumi jelly. Kena buat cepat tu kak kalau dah ada bahan-bahannnya.
حذفKecur kita tengok puding jagung pagi2 ni. Aaa.. bagus ada sukatan guna sudu ni, kadang guna cawan, leceh sebab saiz cawan pun kadang tak sama.
ردحذفJangan lupa buat nanti. Senang je, campur, kacau, tuang, tunggu sejuk dah siap. hihi...
حذفAlahai nengok pun dah tahu sedap, lembut berkrim
ردحذفSedap lembut kejadianya dan lemak berkrim. Buat nanti Kak Dana.
حذفNampak sedap sangat
ردحذفPada saya sedap dah ni. hihi...
حذفterima kasih kak share resepi....kot ada kesempatan boleh dah ni hihihi
ردحذفSama-sama. Selamat mencuba nanti.
حذفsedap ni, disejukkan dlm peti es, bertambah sedap..
ردحذفYa, kena sejukkan dalam kulkas baru enak dimakan.
حذفnampak sedap puding jagung tu.. thank you share recipe..^^
ردحذفPada saya cukup sedap dah ni. Sama-sama.
حذفMacam ada satu tin creamy corn di dapur. Boleh try ni, thanks for sharing Fiza.
ردحذفSama-sama. Selamat mencuba.
حذفSenang nampaknya resepi ni.. Mungkin boleh dicuba... Masa arwah nenek ada, kalau ada kenduri doa selamat, mesti ada puding jagung nie.. Arwah nenek akan buat sendiri.. Biarlah lauk2 kenduri yg lain anak menantu yg masak.. Puding jagung mesti arwah buat sendiri.. Al fatihah untuk arwah nenek..
ردحذفSaya biasa buat macam ni sebab mudah. Campur sekali dan kacau sampai jadi je. hihi...
حذفMesti sedap puding arwah nenek buat tu.
Puding jagung ni Kak Amie suka dari dulu-dulu lagi. Tak cukup sepotong kalau makan, nak tiga empat lima potong baru puas makan.
ردحذفSepotong memang tak cukup kak Amie. Betul-betul. Kena makan berpotong-potong baru puas makan.
حذفNak buat jugak la. Hari tu nampak kak SA buat. Ni nampak fizah pulak. Memang kena buat jugak ni.
ردحذفNampak gaya macam kena buat juga tu Cie. hihi...
حذفsedapnyaaaa...meh hantar sini hehehhehe
ردحذفAlamak, jauh pulak nak menghantarnya tu. hihi...
حذفKesukaan ammi masa kekecik dulu, haritu ada buat tp ammi sorang je makan. Jenuhlah nak perabiskan.
ردحذفKalau sorang je makan, jenuh tu nak habiskan. Nak buat sikit macam rugi tenaga pulak kan.
حذفBoleh juga nih Mbak puding jagongnya.
ردحذفSaya copy resepnya, nanti saya minta istri saya untuk mencoba membuatnya.
Terima kasih resepnya Mbak.
Salam,
Silakan mencuba. Semoga berhasil dan selamat menjamu selera.
حذفSama-sama.
Langsung lapar baca post ni. Nanti nak pi cari dekat kedai la puding jagung ni. KSarienya ni bab masak kalah sokmo.
ردحذفHihi.. ampunnn K. Sarie. Harap dapat jumpalah puding jagungnya nanti.
حذفsedap nya..makan sejuk2 cuaca panas ni..memang emmm...
ردحذفYaaa. Itu yang best tu. hihi...
حذفsedapnyaaaa puding jagunggggg
ردحذفmakan sejuk lagiiiii ummmppphhhh
Yeeee..semestinya sedap makan sejuk-sejuk Anies.
حذفCCL pernah buat puding jagung .. cantik kejadiaan ..tapi bila dah siap potong rupanya mencacatkan sikit ..
ردحذفPotong tu kalau panaskan pisau dia lagi cantik kot. Takpelah, kita nak makan sendiri je. Biar rupa tak seberapa tapi sedap.
حذف