Terperasan Kenangan Coffee ada promosi sempena 14th = Kenangan Day dengan harga RM6.90 secawan kopi regular size yang terpilih seperti americano dan latte series. Promosi ni setiap 14hb setiap bulan. Boleh walk in terus atau pesan melalui aplikasi tanpa perlu masukkan apa-apa code promo.


Alang-alang dah ada promosi tu, jomlah kita membeli. Beli 4 cawan buat stok untuk sehari dua. Bukan minum sekali 4 cawan. Beli yang panas, simpan dalam kulkas. Esok boleh minum versi sejuk pula tanpa cair sebab tak ada ais.
Macam biasa pilihan saya hazelnut latte x2, caramel latte x1 dan D'Spanish latte x1 with less sugar semuanya.
Dah beli yang promosi ni, jadi tak adalah nak membeli yang promosi buy 3 free 2 untuk setiap hari Selasa tu. Peminat KopKen (Kopi Kenangan), jangan lupa promosi harini. Eh, kita dah macam duta Kenangan Coffee pula.
48 تعليقات
Teringin pula nak pergi beli hehe
ردحذفHarini boleh cuba promo yang buy 3 free 2 tu, order via apps. hihi...
حذفTu diaaa.. alang² membeli, 4 terus dia sambar. Okey jugak tu, yg lagi 3 dapat minum sejuk².
ردحذفSenang buat stok tak payah nak membeli selalu. hihi...
حذفbeli ada promosi tu..jimat....
ردحذفBetul, menjimatkan dan berbaloi.
حذفbagus jugak idea fiza simpan, nak minum boleh keluarkan bila-bila
ردحذفA'ah. Begitulah cara saya. Tapi jangan lama sangat. Nanti tak sedap atau susu basi pulak.
حذفBelum pernah try Kenangan Coffee.
ردحذفTeringin nak try Spanish Latte. Biasanya beli di Zus.
Try nanti kak Ujie. Sedap!
حذفcantik kak.....boleh da tu jadi duta Kopi Kenangan
ردحذفKita jadi duta sendiri-sendiri je. hihi...
حذفPromo menarik tu. Siap dapat 2. Bukan senang nak jumpa promo macam ni kat kedai lain.
ردحذفItulah tu, lain sikit. Biasa free1 je kan. ni 2 sekali dia bagi free.
حذفwah..baru tau.. tq for sharing!
ردحذفSama-sama Mummy Ayu. Bolehlah grab yang harini punya promo. hihi...
حذفAda macam-macam jenama dan brand kopi kan
ردحذفBetul, pilih je mana yang sepadan dengan selera kita.
حذفBijak juga cara Fiza ni. Beli siap² time offer kan...
ردحذفJimat sikit kan beli macam ni. Berbaloi-baloi.
حذفBaru ni order Grab, Alhamdulillah ada discount hot deals dan promo Combo.
ردحذفBest tu dapat 2 promo sekali. Jimat berbelanja.
حذفKat Lipis takde Kenangan Coffe ni.
ردحذفLipis tak ada lagi. Boleh check di website cawangan di Pahang kat mana.
حذفMZ tak minum kopi, so kalau masuk mana2 cafe gini, akan cari minuman yg bukan coffee
ردحذفOo faham faham. Ada orang bukan penyuka kopi.
حذفbaru nampak hari nie...takde dah la promosi nya... hihihi...nampak tak, tak sempat nak BW
ردحذفTakpe, boleh grab promosi ni untuk bulan depan 14hb. Atau boleh grab yang setiap Selasa tu buy 3 free 2.
حذفTakpe, faham. Kadang sibuk nak jengah blog pun tak sempat. hihi...
x dan nak beli semalam sebab dah lewat... so tgk je laa dari jauh hehehe
ردحذفTakpe, bulan depan ada. Promo hari Selasa minggu depan pun ada. hihi...
حذفWah, berbaloi-baloi! Akak suka gak KopKen ni tapi tak alert dengan diorangnya promotion. Thanks for sharing this, dik 😊
ردحذفSama-sama kak Farah. Boleh tengok ig KopKen untuk promosi terkini. hihi...
حذفAkak dah terjangkit Fizah. Beli kopi panas extra, simpan peti ais. 😁
ردحذفHihi..nanti boleh review kak.
حذفSudahnya KSarie terpengaruh juga membeli kopi di Kenangan Coffee ni sebab baca post Fiza ni😅
ردحذفHihi..beli yang ada promo tak tu? KopKen ada avocado kopi gak, boleh lah try K.Sarie minat avocado.
حذفAmmi jarang beli KopKen (eh terfollow ayat awak pulak) sebab susah jumpa outletnya. Selalu beli Zus je sebab itu yg bersepah disana sini
ردحذفHihi..kita pun follow blogger Fanny sebut. Itu yang Zus jadi pilihan ramai tu. Tapi sekarang KopKen pun dah banyak cawangannya. Cuma tempatnya kurang strategik mungkin.
حذفPromosi Kenangan Coffee ni memang bahaya… sedar-sedar dah beli 4 cawan ..
ردحذفItulah tu, terus grab 4 terus. Alang alang ada promo kan. Why not grab lebih.
حذفMurah betul kopinya. Hehe betul kalau jarang keluar boleh terus beli banyak.
ردحذفBagus Fiza sebarkan maklumat ini dalam blog.
Boleh tahan murah juga promo KopKen ni. Senang beli sekali tak perlu nak keluar banyak kali. hihi...sharing is caring.
حذفKopi Kenangan ni pernah masuk sekali itupun beli cookies.
ردحذفNak beli kopi kadang tak tau nak minum yang mana satu.
Kalau masuk resto mamak taulah.. kopi ais satu!😅
Download dan order guna apps je kak. Sebelum masuk tu order siap-siap dalam apss, nanti dah boleh pickup baru pergi ambil. Mudah je.
حذفSaya hitung tadi 6.90 Ringgit BRP rupiah. Ternyata 26 RB rupiah. Sebenernya itu harga normal KopKen kalo di sini 😄. Memang segitu harganya, kecuali ada promo baru lebih murah.
ردحذفBerarti di sana hrg dia lebih mahal ya kak. Wajar sih, secara bukan produk lokal
Maksudnya harga promosi di sini, harga normal di sana. Wah, sana murah lagi lah kalau promosi. Tapi yelah kan, nama pun produk dari sana mesti lagi murah. Benar, bukan produk lokal jadi produk import jadi mahal gitu. Kalau ke sana mesti saya puas minum KopKen. hihi...
حذفOkay, dah terlepas...Harga yg berbaloi tu..hehe
ردحذفBoleh beli untuk bulan depan pulak. Takpun beli yang promo setiap hari selasa tu.
حذف