Lambat sikit update blog harini. Hidung tersumbat, selesema dan rasa macam nak demam. Itu tandanya dah berjangkit dengan Encik Suami lah tu. Macam sebelum ni juga. Dia berjangkit dengan orang yang sama. Balik rumah, terjangkit dengan saya pula.
Ada buah mangga, sengkuang, betik dan sengkuang. Buah salak tak ada pula. Mungkin terlebih bajet kalau letak buah salak. Buah salak kan mahal sikit. Masih sedap dinikmati. Manis dan tak masam. Itulah keunikan jeruk madu Pak Ali. Nama pun madu, mestilah manis.
Maknanya kita kena rehat. Minggu lepas pun Encik Suami dapat cuti sehari je. Lepas tu kena kerja juga sebab banyak urusan kerjanya. Tapi dah beransur baik cuma tak baik sepenuhnya. Masih ada batuk yang tertinggal.
Kisah minggu lepas, Encik Suami bawa balik sebungkus kecil jeruk madu Pak Ali. Kawan kerja bagi sebab baru balik dari Penang. Alhamdulillah rezeki. Orang memberi kita merasa. Rezeki jangan ditolak.


Haritu masa saya beli jeruk madu Pak Ali tak ada pula pek kecil macam ni. Yang ada hanya bungkusan 1 kilo dan setengah kilo. Bungkusan sebungkus kecil ni sesuai sangatlah untuk dijadikan sebagai ole-ole. Boleh beli banyak sikit berkongsi rezeki.
Jadilah buat rasa-rasa.
Terima kasih untuk si pemberi. Semoga dilimpahi rezeki dengan segala keberkatan. Aamiin...
Sebungkus kecil ni pun lambat untuk saya habiskan. Kena potong kecil-kecil baru mudah kita nak makan sebab pakai braces kan. Selit celah gigi tu pasti. Yang penting lepas makan kenalah floss gigi guna water flosser.
Ada buah mangga, sengkuang, betik dan sengkuang. Buah salak tak ada pula. Mungkin terlebih bajet kalau letak buah salak. Buah salak kan mahal sikit. Masih sedap dinikmati. Manis dan tak masam. Itulah keunikan jeruk madu Pak Ali. Nama pun madu, mestilah manis.
46 تعليقات
Peminat jeruk pasti suka. Antara jenama jeruk yang disukai ramai ni.
ردحذفItu dah tentu. Dulu minat, sekarang minat tapi makan berpada-pada gitu. Betul, ini yang paling sedap.
حذفSalam singgah..alhamdulillah..mesti sedap Jeruk Madu Pak Ali tu
ردحذفAlhamdulillah...sedap bila sesekali dapat merasa.
حذفalhamdulillah, rejeki tuh., ;p
ردحذفAlhamdulillah rezeki jangan ditolak wak.
حذفSemoga Fizah cepat sembuh.
ردحذفSedap jeruk madu Pak Ali, terutama mangga dan sengkuang.
Rezeki jangan ditolak kan Fizah. Alhamdulillah.
Aamiin...Terima kasih Kak Amie.
حذفOhh Kak Amie suka mangga dan sengkuang. Saya pulak suka salak tapi sekarang susah nak makan kalau keras. huhu...
Alhamdulillah..ye betul tu kak Amie.
Kecur air liur tengok yang kuning tu!
ردحذفYang itu memang mengecurkan air liur. Manis tapi ada masam manja sikit. hihi...
حذفsuka jeruk pak ali...kwn2 kalo blk outstation dr penang pasti beli
ردحذفOle-ole wajib beli di Penang gitu kan.
حذفsedapppppp....makan sejuksejuk
ردحذفSedap juga makan sejuk-sejuk tu kak Mieja.
حذفdulu memang one of my fav..lepas kena gastric terus..terus stop jeruk2 ni... makan skt2 ok la
ردحذفSaya pun makan sikit-sikit je. Nak makan banyak tu risau jugalah kan.
حذفMoga sembuh sepenuhnya. Jeruk ni memang sedap. Tapi pelik sebab selalu bersin bila makan jeruk.
ردحذفAamiiin..Terima kasih.
حذفOoo macam tu ye. Agaknya ada bahan yang kita allergic kot. Kena elakkan makan macam tu.
Alhamdulillah dapat kiriman jeruk madu, Mbak.
ردحذفSemoga lekas sembuh dan sehat kembali ya Mbak.
Salam,
Alhamdulillah...rezeki orang memberi, kita terima.
حذفAamiin..Terima kasih ye.
Sedapnya lama tak makan jeruk ni. Lama jugak tak ke Penang.
ردحذفSekarang Jeruk Madu Pak Ali pun dah banyak cawangan merata negeri. Kalau tak ke Penang boleh cari cawangan terdekat. Tapi kalau ke Penang, wajiblah beli. Cuti sekolah bolehlah rancang ke Penang pulak Cie.
حذفsaya mkn jugaklah jeruk kalau dh ada kat dpn mata heheh cuma tak beria beli kalau ternampak di mana2
ردحذفAda depan mata, kita makan je. Kalau beli pun untuk buat rasa-rasa dan untuk ole-ole je. Makan beria tu tak lah. hihi...
حذفlinda suka jeruk yang rangup...kalau lembik2 tu, mcm tak berapa suka sangat
ردحذفKann..yang lembik tu rasa macam jeruk rosak je. Yang rangup tu baru rasa sedap dan fresh.
حذفsuka jeruk pak ali ni dari dulu lg. tp kalau beli sy mesti cari jeruk mangga...
ردحذفterima kasih kpd si pemberi...
Kann...tak cari jenama lain. Ini paling popular dan sedap. Oohh peminat mangga eh. Alhamdulillah..Terima kasih kepada pemberi, dapatlah kita rasa-rasa.
حذفNi memang jeruk favourite akak. Kualiti memang diorang jaga. Selalu bila ada jeruk ni, masuk terus dalam peti sejuk. Makan dingin-dingin memang layan 😊
ردحذفBetul, so far kualiti dia bagus. Yup, makan sejuk-sejuk lagi best.
حذفJeruk Pak Ali ni lejen betul. Memang menjadi salah satu buah tangan wajib kalau berjimbaan ke Pulau Pinang. Alhamdulillah rezeki dapat buah tangan daripada rakan sekerja. Kadang-kadang memang terasa hendak makan jeruk lagi-lagi bila kurang sihat
ردحذفBenar, buah tangan wajib kalau ke Penang. Tahu takpe, ada masa-masa dia kadang teringin makan masam-masam manis gitu.
حذفLamanya x makan jeruk..akak antara pencinta jeruk..tapi dah lama x makan...
ردحذفSemoga ada rezeki akak dapat merasa nanti. Cuba tengok online kot-kot ada jual online ke kan.
حذفAlhamdulillah, rezeki.
ردحذفBoleh customize juga, bungkus jeruk Pak Ali ni, tunjuk je nak mana satu, dan berapa gram, dia boleh bungkuskan. Macam cawangan di sini la dulu. Tapi sudah tutup pula. Hehe..
A'ah memang boleh. Cuma kalau nak beli ole-ole ni kalau dah siap pek kecil-kecil macam ni lagi better. Senang boleh terus ambil dan bayar. Sayangnya pulak dah tutup ye, kalau tidak bila teringin boleh membeli.
حذفOle-ole paling win dari Penang! Jeruk Pak Ali memang legend
ردحذفSetuju! Ole ole wajib beli kalau ke Penang.
حذفHehe akakpun ada lagi jeruk madu Pak Ali dalam peti sejuk. Betul, memang sedap. Plastik besarpun lambat juga habiskan.
ردحذفYang kecil pun lambat habis kan. Inikan yang besar. Kalau teringin baru kita makan kan. Nak hadap sekali tu memang taklah.
حذفYe laahh.. kalau beli jeruk salak tu memang harga dia mahal sikit.. mungkin susah nak dapat.
ردحذفMenarik juga tu potong² dahulu sebelum makan. Kat rumah kalau ada jeruk lambatlah nak abis sebab anak² kurang gemar. Akak je yang laju makan.
Rasanya sebab tu lah, susah nak dapat harga jadi mahal sikit. Untuk pemakai braces eloklah dipotong kecil senang nak makan. hihi..
حذفSaya pun perasan budak budak sekarang kurang gemar makan asam-asam ni. Durian pun kurang. Kalau peminat asam jeruk memang laju makan tak pandang kiri kanan dah kalau dapat.
Pokoknya nanti kalau saya ke Penang lagi, nak cari lah manisan ini 😄. Walaupun di sini juga ada, tp kan merasa juga yg punya negara lain . Saya suka manisan begini, tp lihat buahnya juga. Kalo salak, mangga, memang suka.
ردحذفKalo di sini, yg dijadikan manisan Macam2 kan, sampai cabe merah besar dijadikan manis 🤣🤣. Unik rasanya, tak ada pedas lagi 😄
Uishh cabai jadikan manis. Betul-betul unik sekali. Kalau suka salak dan mangga boleh beli yang suka je sebungkus sebungkus asing. Tak perlu beli yang campur-campur buah begini.
حذفJeruk madu Pak Ali ni wajib beli kalau lepas ke Penang ni. Terliur la pulak.
ردحذفBetul tu kak, ole-ole wajib beli kalau ke Penang. Sekarang dah ada jual online kot. Boleh tengok, kot teringin boleh beli online je.
حذف