Sebelum esoknya Hari Raya Haji, hari Jumaat petang lepas asar saya rancang nak pergi ziarah kubur arwah abah. Tak tahu pula akak saya pun rancang nak pergi. Jomlah kita pergi beramai-ramai.
Hari Jumaat, waktu yang dianjurkan untuk menziarahi kubur kerana hari Jumaat yang penuh dengan keberkatannya.
Jarak dari rumah ke tanah perkuburan kurang daripada 500 meter. Pergi jalan kaki je lah sebab ramai nak mengikut. Padahal boleh je naik kereta. Mak je lah naik kereta lah dengan anak buah.
Saja nak berjalan kaki menikmatinya suasana kampung sambil tu boleh exercise kaki. Bukan selalu dapat rasa suasana begini. Jalan kaki sambil menyembang, tahu-tahu dah sampai.
Sebelum pergi, saya petik bunga kenanga mak. Kakak saya petik bunga-bunga yang lain.

Selain bunga, saya patahkan sikit pokok puding mak untuk tanam di atas kubur abah. Pokok lama terpaksa dicabut sebab merosakkan nisan dan kepok.

Harap pokok puding tu sesuailah dengan tanah dan tidak merosakkan nisan dan kepok.
![]() |
Sekejap masa berlalu, rasa macam baru je abah pergi |
Air kami bawa sekali. Siram pokok puding baru yang kami cucuk atas kubur. Mana boleh cucuk gitu je dengan tanah kering. Macamana dia nak hidup nanti kan.

Lama juga kami di kubur. Baca doa dan menyembang. Dulu masa kecil takut nak pergi kubur, tak kira siang atau malam. Sekarang dah jadi pemberani kalau pergi waktu siang. Waktu malam tu tetap takutlah. Suasana di kubur ni sangat sunyi dan tenang. Mengingatkan kita kepada kematian.
Dalam al-Quran, Allah telah mengingatkan kepada kita bahawa kematian itu adalah sesuatu yang pasti. Firman Allah:
كُلُّ نَفْسٍۢ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.—Surah Ali Imran ayat 185

Al fatihah buat arwah abah, Md Nor Bin Ayub dan juga mangsa yang terlibat dalam kemalangan tragis awal pagi tadi melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
Kejadian berlaku kira-kira jam 1.10 pagi di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, berhampiran Tasik Banding.
Menurut maklumat rasmi daripada Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hulu Perak, seramai 13 mangsa maut di lokasi kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Gerik.
Seramai tujuh orang mangsa sedang dirawat di zon merah (kritikal), 20 orang di zon kuning (sederhana) dan enam lagi berada di zon hijau (ringan).
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
24 Comments
Al fatihah untuk arwah abah nya..terkejut bila baca berita subuh2 tadi.. Semoga mangsa yang terlibat diberi kesembuhan.. Aamin2
ReplyDeleteAamiin...
DeleteTerima kasih.
Al-Fatihah untuk arwah abah...
ReplyDeleteAlhamdulillah..Terima kasih Afeezz
DeleteBetul. Rindu yang tidak berpenghujung pada orang tua yang sudah takde. Hugs dari jauh untuk Fizah.
ReplyDeleteAda tengok berita tentang nahas bas UPSI. Tumpang sedih.
Terima kasih kak Nur.
DeleteYa, kemalangan tragis buat kita turut rasa sedihnya tu.
Alfatihah buat mereka yang dah meninggalkan kita.
ReplyDeleteAamiin...
DeleteYa Allah.... Sediiih baca berita kecelakaan begini. Banyak pula yg menjadi korban 😭. Semoga kuat dan tabah para keluarga yg ditinggal.
ReplyDeleteAl Fatihah juga untuk almarhum ayah kakak yaa ☺️.
Samalah kak, dulu zaman kecil takuuut sangat ke kubur. Tp skr ini macam biasa. Tiap ke kubur mama dan papa mertua, yg ada malah seolah bisa bincang dengan mereka . Just nak cerita apa2 saja yg terjadi selepas mereka tak ada.
Ya, apatah lagi ahli keluarga mereka. Sukar untuk menerimanya. Semoga mereka tabah menghadapi ujian ini.
DeleteTerima kasih Fanny. Ya, bila dewasa kita sudah faham situasinya.
Al Fatihah untuk arwah abahnya...
ReplyDeleteDekat sekali jarak dari rumah ke pekuburan. Jadi dengan berjalan kaki pun tak terasa letih.
Btw, salam jumpa dan salam perkenalan dari saya.
Salam,
Terima kasih ya.
DeleteYa dekat jaraknya jalan kaki pun tak jauh mana. Sekejap dah boleh sampai.
Salam kenal. Terima kasih sudi singgah.
Moga rohnya abah2 kita & pelajar2 UPSI yang telah pergi, dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.
ReplyDeleteAamiin...
DeleteSamalah, dahulu takut dengan kubur. Sekarang ok dah boleh ziarah kubur arwah datuk dan nenek.
ReplyDeleteAl-Fatihah untuk mereka yang telah pergi.
Kann..sekarang ni dah jadi biasa.
DeleteAamiin...
Kak SA dulu pun takut nak ke kubur..tapi sekarang dah jadi wajib pergi weekend kan..so takde dah rasa takut...
ReplyDeleteSamalah kita. Sekarang jadi tempat wajib pergi kalau balik kampung.
Deleteاَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ juga buat semua pelajar UPSI yg terbabit dlm nahaas baru2 ni alfatihah...
ReplyDeleteAamiin...
DeleteSemoga syurga buat mereka.
Dia telah pergi dari pandangan, tapi tak pernah hilang dari hati. Kenangan bersamanya akan sentiasa hidup.Al-fatihah untuk arwah .
ReplyDeleteBenar. Kenangan tetap terpahat di hati.
DeleteAl Fatihah... 2022 dah 3 tahun berlalu tapi ingatan dan kenangan tetap utuh diingatan kan...
ReplyDeleteTerima kasih. Ya, seperti baru saja arwah pergi. Sentias dalam ingatan.
Delete