Rantai putus sebab tersangkut dengan baju ke rambut entah. Tahu-tahu putus. Patah seribu hatiku...Bila mengenangkan...eh, terus nak menyanyi lagu Shila Amzah. Mahunya tak sakit hati bila rantai emas Habib yang baru beli haritu dah putus.

Itulah beli halus sangat. Tak sturdy tak strong. Nak buat macamana, bajet kita tak besar. Itu je lah yang dapatnya ikut bajet.

Rantai Emas Putus Sambung Semula

Dia putus bahagian cangkuk S tu. Bercita-cita nak tukar baru yang besar sikit dan pendek sikit setara dengan harganya kalau tak dapat disambungkan. Bila tanya di kedai emas Habib tempat saya beli tu, katanya rugi ni kalau tolak. 

Kalau sambung semula ni lebih kurang dalam RM100-150 macam tu. Tempoh dia pula kadang seminggu, kadang 2 minggu, ada juga yang sebulan. Kalau nak cepat, boleh pergi HQ Habib di IOI City Mall Putrajaya atau Ampang

Okay baiklah. Sebelum ni pernah tukar rantai lama cangkuk S ke cangkuk lobster di sini, lebih kurang seminggu jugalah dapat. Sebab nak hantar ke HQ kot ambil masa.

Kita nak cepat. Nak tunggu lama-lama malas. Kebetulan encik suami ada training dekat-dekat situ. Jadi hantar di HQ Habib di IOI City Mall Putrajaya je lah.

Balik training encik suami singgah lah kejap nak hantar. Sekali, eh boleh siap kejap je. Dalam setengah jam dah siap. Cepat betul! Sebab tukang emas dia ada kot. Kalau tak ada, mahu kena tinggal sehari tu.

Rantai Emas Putus Sambung Semula

Upah repair/baiki rantai emas putus Habib

Alhamdulillah..kejap siap. Harganya pun tak sampai seratus. RM80. Kira murah dah tu. Tapi berkuranglah sikit kita punya berat rantai tu. Harga pun ikut susutlah. 

Rantai Emas Putus Sambung Semula

Jangan putus lagi sudahlah. Makan modal.