Masa Shopping di Jaya Grocer haritu nampak baby nanas ni, Phulae Pineapple yang diimport dari Thailand. Selaku peminat buah nanas, mestilah tergoda kan. Lalu ambil masuk dalam bakul. Padahal dah ambil buah flat peach tu.
Takpelah sesekali tambah stok buah lebih sikit. Saya suka baby nanas lagi berbanding buah nanas yang biasa. Nanas MD2 atau nanas yankee pun sedap, manis.

Rasa buah nanasnya manis dan tak ada lansung rasa masamnya. Tidak terlalu tajam sebab tidak berasid, lidah tak rasa lidas pun. Sedap di makan begitu saja.
Tapi dia lagi sedap kalau dimakan dengan kuah rojak dan serbuk asam masin. Kebetulan ada lebih kuah rojak dan serbuk asam masin beli buah potong haritu, kita curahkan sekali.

Fuhhh...kecur air liur tengok. Lain kali beli baby nanas yang dah siap potong ni je lah. Kalau beli yang besar tu leceh juga nak potong. Dah lah kita sorang je makan. Encik suami tak berapa sukaa buah nanas.
Sebelum ni ada berita tentang baby nanas bahaya sebab diletakkan pemanis. Harapnya bukan yang inilah.
10 Comments
Oh, senanglah beli dah siap kopek nenasnya, tinggal potong dan makan. Nenas ni makan cicah garam jer pun dah sedap. Kalau yang comel ni, agaknya boleh tak makan macam kita makan epal tu, hahaha.
ReplyDeleteSenang kerja, basuh, potong dan makan. Cicah dengan garam tak pernah lagi. hihi..Epal hijau je pernah cicah dengan garam. Boleh je, kalau gigi elok. Kalau saya tak bolehlah sebab pakai braces. hihi...
Deleteuntungla encik suami tak minat, memang kita yang bedal lah hehehehe.
ReplyDeleteItulah tu, untunglah kita dapat makan lebih.
DeleteKalau bab nanas ni Dania la yang paling suka..akak suka gak tapi suka yang MD2
ReplyDeleteOo Dania peminat buah nanas ye. MD2 manis betul kan. Kadang suka, tengok tahap kemanisan dia juga. hihi...
DeleteAkak tak pernah jumpa buah nanas comel macam ni. Senang nak makan, dah siap kupas. Telan ailio tengok gambar last. 😋
ReplyDeleteKalau jumpa macam ni Kak Nur kena beli dan rasa. hihi..itulah tu, saya tengok pun kecur.
DeleteCie tak makan nenas. Pernah kena sakit lidah lepas makan nenas terus dah tak makan sampai sekarang.
ReplyDeleteMungkin tu nanas biasa kot. Kena makan baby nanas, nanas MD2. Tu manis tak tajam dan tak sakitkan lidah. Nanti cubalah.
Delete