Usai makan di Richiamo Coffee, kami terus ke kampung Encik Suami. Misi mengait buah avocado untuk anak buah saya.
Masa melawat mak pun dah bagitahu mak nak balik kampung ambil buah avocado. Mak kata haritu masa raya adik ipar saya ada ambil juga. Tapi ada lagi atas pokok tu.
Eloklah tu kalau ada yang ambil sebab buahnya banyak kot. Rugi kalau tak ambil. Kita bahagi-bahagi berkongsi rezeki.
Banyak lagi atas pokoknya pun. Tapi yang agak susah nak dicapai lah.
Lupa pula nak ambil gambar pengait tu. Agak mencabar juga nak mengait buah avocado yang meninggi pokoknya. Ada sekali tu botolnya jatuh pula. Dah lah curam ke bawah. Mujur dapat ambil guna batang besi.

Ada duduk dekat-dekat ni senang nak mengait. Mata pun bak teropong mencari buah avocado yang besar-besar untuk dikait. Yang kecil kami biarkan.

Beginilah rupa pokoknya. Halus batangnya. Kami dari atas belakang rumah. Pokok ni curam ke bawah. Kalau tak hati-hati boleh jatuh ke bawah ni.



Ada duduk dekat-dekat ni senang nak mengait. Mata pun bak teropong mencari buah avocado yang besar-besar untuk dikait. Yang kecil kami biarkan.

Beginilah rupa pokoknya. Halus batangnya. Kami dari atas belakang rumah. Pokok ni curam ke bawah. Kalau tak hati-hati boleh jatuh ke bawah ni.
Rasanya pokok ni pun tak boleh dipanjat. Kalau dipanjat pun kena guna pengait juga nak ambil buah sebab batang dan dahan dia kecil je.

Ini je hasil yang dapat kami ambil. Tak larat dah nak mengait lagi. Pengait pun tak sampai dah yang jauh-jauh tu. Saya ambil 2 biji untuk peram buat rasa-rasa.

Buah masih keras lagi. Ada yang komen sebelum ni kalau dah masak dia lembik. Jadi, kita tunggu lah dia masak.
34 Comments
banyaknyaaaaaa......pokok kak mieja masih kecik comei.....brp tahun nak buah tu fiza?
ReplyDeleteBoleh tahan juga banyaknya. InshaAllah dah besar nanti banyak hasilnya juga. Saya tak tahulah, Pokok ni dah lama zaman atok nenek encik suami saya dulu rasanya. Berapa lama saya tak pasti. Maaf ye.
DeleteJarang tengok avocado kurus panjang camni. Selalu bentuk dia bulat2
ReplyDeleteSuka avocado sbb rasa berlemakss! Kalau beli kat pasaraya maunya sebiji rm5-7
Jenis avocado lain. Tak tahu jenis apa dan nama dia. Betul, kalau di shopping mall/ market tu mesti mahal sebiji.
DeletePernah rasa buah ni.. Tapi tak kena dengan tekak saya.. Hehe
ReplyDeleteYa, ada orang tak berapa gemar buah ni.
Deletebuat favorite kesukaanku sewaktu kecil, avocado + susu cokelat enaknya tak tertandingi!
ReplyDeleteOoo sedap ye jus alpukat campur dengan susu coklat? Saya belum pernah cuba. Biasa jus campur dengan fresh milk sahaja. Boleh cuba nanti. Terima kasih berkongsi resipinya.
Deletepertama kali pokok avocado...best nih, blend + coklat...enakkk...buat spread utk roti pun ok..
ReplyDeleteBlend dengan coklat tu belum pernah lagi. Dengan fresh milk je pernah cuba. Spread roti pun tak pernah cuba. hihi…
DeleteLebat ye buahnya.. kalau jual berapalah tu agaknya.. sy sekali je pernah rasa.. ok dah.. hehehe
ReplyDeleteA’ah kali ni lebat lain mavam. Biasanya kalau import tu dalam RM5 macam tu. Itu harga yang saya tengok di Mydin lah. Jenis macam ni macam tak pernah tengok orang jual lagi. Saya pun ingat- ingat lupa rasa dia. huhu…
DeleteSubur sekali pohonnya Mbak, sangat banyak buah avocadonya.
ReplyDeleteBesar-besar juga buahnya. Ah lezatnya buah avocado ini, saya sangat suka.
Salam,
Ya, walaupun daunnya kurang tapi buahnya lebat kali ni. Biasanya tak berapa banyak. Saiznya memang besar daripada biasa. Orang sana sangat suka buah alpukat ni kan.
DeleteYa Allah, linda tak tahu pula pokok avokado nie boleh tanam kat Malaysia... Selama nie igt kena dekat tempat yang sejuk2 je
ReplyDeleteAda, macam kurang orang tanam kot. Kat Indonesia pun banyak juga kan.
DeleteMacam kulit timun dah coraknya tu. Ingatkan avocado ni pokoknya kat luar negara je. Hahaha.
ReplyDeleteSebab dia hijau kan. Hihi..Malaysia, dia Asia ada.
DeleteMungkin di kampun saya namanya buah apokad
ReplyDeleteBuah kesukaan saya banget, buah penuh gizi dan vitamin
Dibikin jus, wow nikmat
Ooo ada nama lain juga ye. Ingatkan alpukat tu dah lain, rupanya ada lagi nama lainnya di sana. Orang Indonesia memang suka jus alpukat. Itu yang popular di sana kan.
DeleteRare ni. Untung dapat kait sendiri. Kawasan kampung saya, takde lagi jumpa pokok avocado ni.
ReplyDeleteBuah yang rare yang. Mulanya saya pun terkejut juga ada ditanam di Malaysia. hihi..
DeleteMungkin jarang orang tanam juga kot.
Cantik buahnya.
ReplyDeleteKami selalu beli buah avocado, cari yang matang tapi masih keras.
Sampai rumah biasanya saya tutup sahaja dengan kain supaya cepat masak, atau kalau rajin masukkan dalam bekas beras. Kira proses peramlah tu.
Buahnya cantik tak diganggu musuh. Saya pun tak berapa pandai nak tengok matang tapi keras tu kak Amie. Main bedal ambil je ni. Saya ada ambil dua biji, masih peram lagi. Entah bila nak masak tak tahu lah. Ohhh..macam tu. Saya biarkan je. Patutlah lambat masak. Terima kasih kak Amie kongsi petuanya.
Deleteteringin nak rasa avocado ni, tapi rasa mcm seram. ahahahaaa!
ReplyDeleterasanya tu sipi2 rasa apa ea? tawar? manis? lemak tawar? sebab omputih banyak guna avocado dlm diet dorang.
Seram, kenapa tu? Entahlah ek, rasa dia macam buah mangga lemak tu kot. Dia macam tawar-tawar lemak gitu. Tak ingat. Nanti saya update kalau dah masak. Ada peram 2 biji. Belum masak lagi.
DeleteKena peram ya. Ingat dah masak.
ReplyDeleteA'ah, kena peram sebab masih keras lagi tak masak.
DeleteSedap tu avocado.. suka rasa nya berlemak². Kalau beli akak ambil kaler yang gelap sikit jadi tak lama nak tunggu lembut. Avocado Malaysia nampak kulit dia lebih licin.
ReplyDeleteWarna kulit dia kalau dah masak tu coklat-coklat kan. Avocado Malaysia ni rasanya kalau lembik baru masak kot kan. Tak pernah tengok dia berubah warna kulit melainkan busuk.
DeleteBestnya, mahal ni kalau beli.
ReplyDeleteKalau buat import mahal. Yang ni tak pastilah harga dia berapa. Macam tak pernah nampak orang jual.
Deletesekali tengok macam timun laa fiza
ReplyDeletedgn saiz macam tu
dgn warna pun hampir sama
hehehe
boleh buat alpukat ni!
Sama macam komen di atas, Cie cakap macam timun juga. Buat jus alpukat maksudnya ye. Memang sedap!
Delete