Ada satu hari tu encik suami makan tengahari bersama kawan sekerjanya di JNC burger. Balik rumah dia ceritalah kesedapan JNC burger yang dia makan tu. Kita pun macam teringin juga.

Nak beli untuk saya macam payah sikit kalau dia naik motor. Jauh pula tu dari Bangi ke Seremban. Kalau dekat takpe lagi. Ada hari dia bawa kereta, dapatlah dia beli untuk santapan makan malam kami berdua. 

Balik kerja dia singgah kejap membeli. Saya suruh dia ambil gambar sekali. Boleh juga buat modal untuk cerita dalam blog. 

JNC Burger

Ini antara menu JNC Burger. Saya pesan smoke brisket burger dan encik suami pilih streaky shock wave. Dua-dua pilih ala carte. Padahal kalau beli set macam berbaloi sikit. Tapi sebab nak beli KopKen (Kopi Kenangan), kita tak jadilah belilah set.

JNC Burger

Burger dibungkus dalam kotak. Exclusive sungguh cara pembungkusan JNC Burger ni. Terlalu kayangan ni. Yelah, kena lah tu dengan harganya.

JNC Burger

Smoke brisket burger

Burgernya tak dibungkus penuh, dibungkus separuh supaya senang nak pegang dan terus makan. Balutan pun kemas dan dikemaskan dengan selotape bawahnya. Tak ada sos menjejes masa makan.

JNC Burger

Tak nampak isinya kalau diambil gambar dalam kotak ni. Letak dalam pinggan baru lah nampak lapisan dalam burgernya. Isinya banyak sungguh, sampai melimpah ruah. Terkeluar dari landasan ibarat lebih kuah dari sudu. 

Rotinya bersaiz biasa je. Brisket dia ya ampunnnn lembut, juicy dan sedap nak mamps...Sos dia pun sedap alahaiii. Sos dia lain dari yang lain. Sedap tak terkata! Bukan typical sos burger biasa tu. Ada rasa pedas-pedas.

Tak perlu dah tambah sos cili. Selain brisket ada kepingan beef patty meat dalamnya. Tebal juga, tak kering sangat. Dalam gambar tak nampak sebab dia menyorok di belakang.

JNC Burger

Streaky shock wave

Pilihan encik suami jenis ayam crispy. Ada patty dan juga streaky. Sos dia menggunakan sos yang sama macam saya. Sedap! Dia punya tebal burger tak muat mulut nak masuk. Kena makan sikit-sikit.

JNC Burger

Nampak tak dia punya tinggi burger tu tinggi mana. Memang tak muatlah nak masuk mulut. Kena makan dengan berhemah.

JNC Burger

Kami kongsi makan separuh-separuh. Jadi dapatlah rasa dua jenis burger. Itupun dah kenyang betul. Rasa tak ada ruang lagi dalam perut dah. Padahal makan burger je pun. 

Kalau saya makan streaky shock wave sorang-sorang mesti tak mampu nak habiskan. Makan separuh pun dah boleh buat kenyang sangat. Inikan sebiji burger. 

Mujurlah saya punya burger smoke brisket burger tu kurang besar sikit saiznya. Kira ngam-ngam kenyanglah ni. Sendawa entah berapa kali entah. Dasyat betul penangan JNC burger ni.

Pada saya, berbaloilah harga dan rasa dia tu. Macam satu jenama yang popular tu juga. Bolehlah ulang membeli lagi. Tapi dikala teringin je lah. Nak membeli selalu mahu memang taklah. Harga level kayangan ni sesekali je boleh. 

JNC ni ada di Bangi sahaja. Kot ada tempat lain saya tak tahulah. 

Lokasi JNC Burger

25-G-1, jalan medan PB1A seksyen 9, bandar baru bangi, 43650 Bangi, Selangor