Agaknya dah sampai masa untuk tukar baru lah tu. Lagipun dah rancang nak beli baru, cuma tak tahu bila. Dah jadi macam tu, ayuh lah lekas kita beli baru.
Kami rancang nak beli di MOP KLIA (Mitsui Outlet Park KLIA) Sepang. Banyak pilihan mungkin. Atau banyak offer murah-murah ke kan. Lepas tu boleh lajak ke Banting melawat kakak ipar yang sedang sakit.

Jarang ke MITSUI ni kalau tak ada benda nak beli. Tapi kalau ada tujuan, laju je ke sini. Banyak barang berjenama yang menawarkan harga murah-murah dari harga biasa. Bolehlah kita cuci mata sekali. Cuci poket mungkin kalau ada keperluan.
Mulanya kami pergi survey di bahagian lobby yang biasa orang buat offer tu. Tengok-tengok dulu mana yang menarik. Kemudian jalan-jalan lagi masuk di kedai-kedai luggage.
Masuk UT (Universal Traveller). Belek-belek terbekenan pula dengan it luggage. Mula tu nak beli jenama Airways tapi tak jadi. Beli it luggage sebab paling ringan dan tahan lasak.
![]() |
navy blue, crystal blue dan mango mojito |
Tengok-tengok juga yang lain. Ada Guess, CK, Gucci dan banyak lagilah. Kita pula rambang mata nak pilih yang mana. Tapi bukan jenama tu lah.
Kita pilih jenama yang pakar bab luggage dan berkualiti. Value for money orang kata. Alang-alang membeli biarlah yang berkualiti setanding harganya. Bukan main bedal beli je.

Akhirnya saya pilih it luggage 20" berdimensi 40x23x53cm dengan berat 3kg warna Tibetian Blue. Cuma ada tiga warna pilihan iaitu Tibetian Blue, Mango Mojito dan Crystal Blue. Yang ni kalau expand tu dia boleh full expand. Dapatlah besar sikit ruang tu jadi tebal sikit.
![]() |
ruangan dalam luggage |
Ingatkan nak pilih warna striking macam mango mojito tu dan cerah. Senang nak kenal beg kita tapi terpilih navy blue pula sebab taknak nampak kotor.
Pilih saiz 20" sebab senang nak hand carry. Lain kalilah baru cari luggage saiz besar sikit. Kot kot nanti ada rezeki beli luggage Thule ke kan. Lagi menawan kalbu design dia, harga pun ikut menawan.
Dah siap check, terus bayar di kaunter. Promoter recommend download apps mitsui untuk dapat lagi diskaun RM20. Dahlah harga 50%. Dapat lagi diskaun apps, berbaloi baloi. Okaylah, encik suami download kejap. Jadi lama sikit proses nak bayar.

Sementara encik suami uruskan pembayaran, kita selfie kejap lepas tu jalan-jalan tengok apa yang menarik di Universal Traveller ni. Kalau rajin travel syoklah shopping macam-macam. Kita ni jarang travel, tengok-tengok je lah.


Tak pasal-pasal keluar modal beli luggage. Hmm...

Luggage ni memang ringan. Warranty pun 10 tahun kalau pecah. Kalau rosak lain-lain tu warranty nya 2 tahun je. Yang lain-lain :
- High Security Build in TSA Lock
- Expandable
- Anti-Theft Zipper
- 360° Spinner Double Wheels
- Multi-Stage Internal Push-Button Telescopic Trolley Handle
18 Comments
wahhhh nak jalan jauh ke ni hihihhi
ReplyDeleteTaklah. Beli untuk travel dekat-dekat je ni.
Deletekalau ada Luggage yang cantik..baharulah semangat untuk main travel-travel
ReplyDeleteYa betul! Barulah semangat nak jalan-jalan. hihi...
DeleteLawa!
ReplyDeleteDah ada luggage bag baru ni kena cepat² rasmikan hehe...
Hihi..kita rasmikan balik kampung je lah nanti.
Deletekakmieja datang sini
ReplyDeleteTerima kasih KakMieja singgah sini.
DeleteTak.. masalahnya terus kecur bila baca warna Mango Mojito tu, hahaha.
ReplyDeleteIni parah ni..hihi..kalau dapat tengah cuaca panas ni sedap jugak kan. Segar tekak.
DeleteCantiks.... Best la nak gi jenjalan pas ni
ReplyDeleteBertambah semangat nak jalan jalan gitu. hihi...
Deletesy pun tgh survey luggage juga
ReplyDeletetp nak cari warna purple
waduhhh payah betul laa nak cari warna ni
ada tp warnanya tak berkenan.
ada tu dah suka daa warnanya tp saiz pulak dah habis...
ok juga ni kalau sy ke sini nanti kalau berkelapangan...
Purple warna rare. Susah juga nak cari. Harap jumpalah nanti. Rasa macam tak nampak pulak haritu. Silalah ke sini nanti cari. Kot ada yang berkenan.
DeleteIT Luggage memang baguuuus kak. Saya beli di Seoul , 2017, sampai sekarang masih kuat sangat, tak rusak samasekali. Padahal saya sering pakai traveling ke banyak negara tiap tahun. Memang best. Nanti sept saya ke KL, nak ke Mitsui ini lah. Nak cari Luggage baru 😄
ReplyDeleteWahh..bagus ye. Saya buat pilihan yang tepat. hihi...
DeleteMitsui dekat dengan KLIA, bolehlah pergi nanti.
Wahhh ..kak fiza nak travel ke mana tu.
ReplyDeleteBeli je dulu. Travel ke mana fikir kemudian. hihi...
Delete