Lahhh...tiba-tiba kena mengacau dodol!
Sebenarnya abang ipar pun tak rancang nak buat dodol pun masa raya haji ni. Biasa buat dodol hari raya puasa je. Tapi kalini macam ramai balik kampung dan meriah, why not kacau dodol.
Kononnya ramai-ramai ni, seronoklah kalau mengacau dodol tu. Ada betulnya juga tu. Macam ni barulah meriah, ramai-ramai buat persiapan raya.
Mereka kacau dodol dari petang jam 3 lebih macam tu. Kami sampai malam jam 8 lebih, mereka masih mengacau lagi. Belum cukup likat pekat sempurna lagi dodolnya.
Sempatlah encik suami menyumbangkan tenaga sikit kacau dodol. Tak lama, buat rasa-rasa je. Jadilah buat kenangan untuk sekeping dua gambar. Saya? Setakat ambil gambar je lah. Nak mengacau memang tidaklah, kita puteri lilin wak.

Mana boleh panas-panas ni.Nanti muka panas, lepas tu alahan. Kita juga nak menanggungnya nanti. Hmmm..Baik tak payah. Sudip dodol bertukar-tukar tangan, tak lama lepas tu siaplah dodolnya. Hasilnya dikongsi bersama dengan adik-beradik, saudara-mara dan jiran tetangga.

Dodol merupakan makanan tradisional popular orang Melayu Malaysia ketika musim perayaan. Rasa dodol manis, bertekstur kenyal dan agak melekit. Baunya enak beraroma santan dan gula melaka. Warnanya pula cokelat gelap.
Dodol memang sedap kalau cukup bahan-bahannya. Abang ipar kata, dodol kalini tak cukup bahan sebab tak ada pulut susu dan kurang santan. Tapi tak apa, tak ada dua bahan tu pun dah cukup sedap rasa dodolnya. Mungkin sebab cara pembuatannya yang menyedapkannya.
Tambah sedap lagi menggunakan kaedah tradisional dan api daripada kayu api bukan api dapur gas.

Saya dapatlah sebekas. Kalau tak tolong mengacau pun, tetaplah dapat sebekas macam biasa. Sedap dodol buatan sendiri. Saya suka makan cair panas-panas tu. Sedap ya amat!
Dodol merupakan makanan tradisional popular orang Melayu Malaysia ketika musim perayaan. Rasa dodol manis, bertekstur kenyal dan agak melekit. Baunya enak beraroma santan dan gula melaka. Warnanya pula cokelat gelap.
Dodol memang sedap kalau cukup bahan-bahannya. Abang ipar kata, dodol kalini tak cukup bahan sebab tak ada pulut susu dan kurang santan. Tapi tak apa, tak ada dua bahan tu pun dah cukup sedap rasa dodolnya. Mungkin sebab cara pembuatannya yang menyedapkannya.
Pembuatan dodol tak mudah ye kawan-kawan. Kena mengacau dari mula cair sehinggalah tesktur pekat melekit tak melekat tu. Makan masa lama dan menggunakan banyak tenaga.
Tambah sedap lagi menggunakan kaedah tradisional dan api daripada kayu api bukan api dapur gas.
14 Comments
saya takde pengalaman kacau dodol, pengalaman makan dodol jer
ReplyDeleteHihi..janji ada kena mengena dengan dodol.
DeleteDi sini dodol biasanya orang Jawa yg buat. Sumatera ada, tp rasanya dah tak banyak. Mungkin Krn pembuatan yg lama kan. Saya suka, tp tergantung rasa juga. Pernah dpt dodol yg saya tak suka rasanya. Tp pernah dpt yg sedap.
ReplyDeleteKalau pake durian memang sukaaa lah. Kebayang buat ini kalo pakai kompor gas, habis berapa tangki itu gas 🤣🤣
Kiranya disana dah jarang jumpa dodol ni ye. Nak buatnya makan masa lama. Di sini mostly saya jumpa yang sedap. Suka jenis dodol yang di pek kecil bentuk segitiga tu. Kalau jalan-jalan di Melaka, boleh cari dodol perisa durian. Kalau pakai gas tak tahulah berapa tong gas diperlukan.
Deletebestnyaa siap kacau dodol....
ReplyDeleteSeronok tu memang seronok. Kalau kacau lama-lama tu penat juga. hihi...
DeleteSusah nak kacau apabila dah mula pekat. Mula-mula senang sahaja kacau.
ReplyDeleteBetul, awal-awal cair senang lagi. Dah nak pekat tu menggunakan banyak tenaga.
DeleteDulu family belah PZ selalu kenduri kahwin kacau dodol..atau org NS sebut Penganan..akak pun suka yang cair..yang beku tu x pandai makan
ReplyDeleteRajin tu mengacau masa kenduri kahwin. Sempat lagi tu kan. Oh ye, lupa lak orang Nismilan sebut penganan. Yang pepejal sangat tu macam tak best sikit makan. Yang cair juga sedap dimakan.
Deleteberapa kampit tepung pulut guna tu? nampak macam banyak juga tu...
ReplyDeleteTak pastilah pulak. Tak tanya. hihi..kita tahu datang² mengacau je. Dah hujung hujung nak siap pun.
DeleteKacau dodol ni bukan kerja orang lembik… ni level senaman lengan percuma! Bersatu kita kacau dodol, bercerai kita lenguh sorang-sorang! 💪
ReplyDeleteBetul. Mana mahu kacau sorang-sorang. Kena guna tenaga banyak tu.
Delete