Ingatkan nak terus balik rumah, kakak saya call suruh pergi Dataran Segamat pula. Ada Bazar Karat. Anak buah ajak berinai berhenna bagai. Kita pun turutkan je lah pergi ke sana.

Saya tak berhenna. Macam nak, macam tak. Hujung-hujung saya malas. Nanti nak kemas barang lagi. Banyak kerja nak buat. Tak kuasa nak tunggu henna tu kering. Kita tukang ambil gambar je lah. 5 orang je yang berinai.

Dataran Segamat

Meriah juga di Dataran Segamat waktu malam bila ada Bazar Karat ni. Bazar Karat ada pada hari Jumaat, Sabtu & Ahad. Maafkan saya kalau silap hari tu. Kami pergi hari Jumaat, esoknya Sabtu nak raya. Meriah jugalah ramai orang.

Dah habis berinai, beli burger dan makan di tangga Dataran Segamat. Sambil tu tengok lah apa yang ada depan mata. Nak main rollerblade dah kehabisan, ramai orang tengah main. Scooter pula dah habis battery. Tak ada aktiviti lainlah kita selain makan burger.

Dataran Segamat

Selain Bazar Karat, banyak jugalah aktiviti di sini. Kena sediakan duit je lah kalau nak datang lepak pun. Nak sewa mainan lagi,  nak beli makanan lagi. Kann...

Dataran Segamat

Ini pertama kali saya lepak di sini sepanjang duduk Segamat. Silalah percaya ye. Ini pun sebab meluangkan masa dengan mereka je. Sesekali bolehlah. Selalu jangan sesekali. 

Dataran Segamat

Teringin nak main roller blade. Dulu zaman sekolah kemain gigih main. Tapi bila tengok lantai yang tak rata tu, baik tak payah. Kang jatuh, malu dapat sakit pun dapat. Dia kena lantai rata macam jalan tar ke atau simen baru syok meluncur.

Zaman dating, meluncur atas ais. Rindu pula nak ber ice skating. Dah tua-tua begini rasa segan tu dah menebal. Simpan je la hasrat tu.

Dataran Segamat

Lepas makan, kami terus gerak balik. Hujung-hujung Bazar Karat tu ada booth haiwan. Ada haiwan berbulu si arnab ni dan juga beberapa jenis reptilia.

Dataran Segamat
Comelnya awak!

Anak buah bukan main berani pegang ular, corn snake namanya. Tak berbisa. Berbisa ke tidak, tetaplah kita memilih untuk menjadi penakut. 

Dataran Segamat

Eh eh, adik dia pun nak juga. Kita ni dah meremang bulu tengkuk tengok mereka bermain dengan ular. Eii geli! Bukan geli je, takut pun ye.

Dataran Segamat

Nak pegang dan bergambar  dengan haiwan di sini boleh bayar seikhlas hati.