Nampak bunga kemboja teringat bait-bait lirik lagu Bunga Kemboja nyanyian Iman Troye. "Bunga Kemboja semat di telinga, lambang aku sudah punya satu cinta..."
Begitulah liriknya. Dalam muzik videonya pun ada bunga kemboja putih disematkan di telinga. Bunga kemboja ni biasa sangat kita nampak. Kelopaknya putih, di tengah pusatnya warna kuning.
Kalau warna lain tu amat jarang. Paling saya suka warna merah maroon tu. Cantik merah pekatnya. Kemboja putih juga biasanya ditanam di tanah perkuburan.

Kemboja putih simboliknya melambangkan ketenangan, kedamaian dan keabadian. Pokok bunga kemboja dapat memberikan keteduhan kerana pokoknya yang tinggi tidak seperti pokok bunga yang lain.

Nampak berkilat sikit kelopak bunga kemboja putih disimbahi cahaya matahari. Dalam gambar macam tak berapa nampak sangat. In real sangat cantik berkilatnya. Baunya lembut dan tak sakit hidung semasa menghidunya. Cantik dijadikan hiasan landskap di halaman rumah.
24 Comments
Banyak makna kemboja putih ni kan Fizah.
ReplyDeleteBiasanya yang warna putih banyak di kuburan. Untuk hiasan laman selalunya orang pilih warna merah hati, pink dan kuning.
Bila cari infonya, banyak makna dan simbolik. Ada juga digunakan untuk tujuan tertentu. Ya, yang putih ni kita biasa nampak di tanah perkuburan. Di rumah kampung mentua ni ada juga warna putih sebagai hiasan selain warna merah hati. Pink kat rumah mak saya di Segamat. Kuning tu macam tak pernah nampak lagi. Yang kuning tengah² pada warna putih ni biasa sangat dah. hihi..
DeleteDulu kat rumah Cie ada pokok ni. Masa kecik2 dulu la kat kampung.
ReplyDeleteSekarang dah tak ada ye kat kampung? Pokok ni kalau dibiarkan jadi tinggi juga.
Deletebila tengok bunga ni rasa macam calm je, sejuk.
ReplyDeleteeh ternyanyi pula. bunga kemboja selit ditelinga...........auto meh!
Kann...betul-betul simbol ketengangan gitu..Ehhh..ehhh...kita pun terfeeling juga nak nyanyi.
DeleteSaya slalu tengok budak sekarang pakai hair clip bunga kemboja ni selit kat tudung. Trend hijabis muda gitu
ReplyDeleteOo ada ye? Saya tak pernah nampak pulak. Kalau budak-budak okay lagi lah kan. Nampak comel.
DeleteDahulu rasa seram tengok pokok kemboja di kuburan sebab teringat cerita malam Jumaat bau menusuk.
ReplyDeleteItulah sekarang ok sahaja tengok.
Mungkin zaman kecik tu kita banyak dengar cerita seram² dan pokok ni pun sinonim dengan tanah perkuburan. Tambah pulak baunya tu kan. Sekarang dah besar ni faham dah situasinya. Tak takut dan suka pula tengok.
DeleteBau wangi kan.
ReplyDeleteBetul, wangi baunya.
Deletekg kawasan kubur kg sy ada bunga kemboja warna pink. besar pokoknya. masa kecik2 dulu rajin sy memanjat hehehe
ReplyDeletelaa ni perasan tak ramai suka letak penyepit rambut bunga kemboja kat tali beg?
Warna pink jarang nampak di kubur. Biasa orang buat tanaman hiasan di rumah. Seriouslah Anies panjat. Batang dan dahan dia boleh tahan kuat pulak ye kalau kita pijak.
DeleteOhh penyepit pun ada ye.
Tengok gamba bunga ni... teringat dulu ada blogger guna nama kemboja... tp dh lost kontek la skrg... kat blog dia mmg x pernah tunjuk gambar dia tp kami pernah jumpa sekali masa kenduri kawen blogger di swak ni
ReplyDeleteOhh ye ke? Saya tak pernah jumpa pulak blogger nama kemboja. Nice juga guna nama pena Kemboja. Nama klasik daripada nama bunga.
DeleteCantik bunganya. Kalau jumpa, memang akan ambil sekuntum yang elok kejadiannya, dan selit celah tudung. Hehe.. Masa jalan di Esplanade Lumut boleh jumpa pokok kemboja ni. Tapi sekarang, lama tak jalan sana.
ReplyDeleteBunganya pun macam mudah gugur jatuh ke tanah. Hihi..comel pulak selit di tudung. Agaknya ada lagi ke tidak pokok kemboja tu kan. Cantik kalau daun dan bunganya rimbun.
DeleteMemang banyak makna dari bunga kemboja itu Mbak.
ReplyDeleteTapi apapun maknya, foto-foto bunga kemboja disini terlihat cantik sekali.
Salam,
Benar, banyak makna dan simboliknya. Terima kasih ya. 😁
DeleteKita pulak, setiap kali nampak bunga atau pokok kemboja terus terlintas lirik lagu Rahim Maarof, Kemboja.. berguguran di taman.. sekarang trend gegadis selit artificial kemboja kat tudung.
ReplyDeleteAlamak, lagu tu saya tak tahu kak. hihi...Sama macam komen di atas, Mznimnwr kata. Saya je tak pernah nampak trend tu. Ala-ala comel agaknya kan. Itu yang jadi trend.
DeleteSinonim dengan kubur yang putih. Jadi takut nak tanam😆
ReplyDeleteKat rumah mak ada yang pink.
Hihi...sampai macam tu sekali tu. Pink okaylah kurang sikit rasa takutnya tu kan.
Delete