Bila tinggal seorang di bilik, kita makan apa yang ada je. Nak keluar sorang malas, nak order grab malas nak turun juga. Jadinya kita lunch bubur nasi segera je lah. Sebelum check in dah siap-siap beli stok makanan dalam bilik.

Nak makan mi segera macam tak kenyang. Tukar selera makan bubur segera cup lah pula. Tak ada pilihan lain, terpaksalah beli jenama ni. Ini je yang ada. 

Bubur Nasi Segera

Dalamnya cuma ada sebungkus serbuk bubur dan ada sudu plastik. Eh, macam dah lain rupa bubur segera sekarang ye. Dulu kalau tak silap bubur nasi macam butir-butir besar dan perisa berasingan. Nampak sangat dah lama tak makan bubur segera kan.

Bubur Nasi Segera

Cara buat bubur nasi segera

Penyediaan sangat mudah. Masukkan je air panas sampai paras yang disyorkan. Tak lama lepas tu serbuk tu akan mengembang dan jadilah tekstur macam bubur.

Bubur Nasi Segera

Kena tunggu sejuk sikit baru makan. Kalau tidak, melecur bibir uii... Bubur nasi segera ni tekstur dia halus. Rasa pun sedap. Tambah sedap lagi makan sambil menikmati permandangan indah terbentang luas dengan KLCC tu.

Bubur Nasi Segera

Makan bubur ni cepat kenyang dan cepat lapar. Tapi makan suam-suam gitu sedap. Bubur nasi segera jenama apa yang sedap? 

Sila komennn...