Macam biasa, rutin balik kampung tengok-tengok sekeliling rumah. Tengok pokok itu ini. Nampak meriah buah avocado. Rasa nak petik je. Tapi belum cukup masak untuk di ambil. Tapi kalau petik, lepas tu peram boleh ke?

Buah avocado ni lain sikit bentuknya macam yang biasa kita tengok tu. Saiznya pun lebih besar daripada biasa. Banyak kali juga dah berbuah. Kali ni macam lagi rancak berbuah. Sebelum ni saya pernah ambil dan buat air jus avocado. Sedap rasa lemak-lemak buah avocado tu.
Nampak gaya macam elok buahnya, tak diganggu musuh. Kalau ada rezeki, dapatlah merasa nanti. Saya tak pasti avocado jenis apa ni. Avocado kampung kot orang panggil. Ke? Ada siapa tahu? Sila komen.


Buah avocado ni lain sikit bentuknya macam yang biasa kita tengok tu. Saiznya pun lebih besar daripada biasa. Banyak kali juga dah berbuah. Kali ni macam lagi rancak berbuah. Sebelum ni saya pernah ambil dan buat air jus avocado. Sedap rasa lemak-lemak buah avocado tu.
Jus avocado atau dipanggil alpukat ni popular di Indonesia. Di daerah mana saya tak pastilah.
![]() |
yang pink tu bukan bungannya ye, ada pokok lain tumpang |
Nampak gaya macam elok buahnya, tak diganggu musuh. Kalau ada rezeki, dapatlah merasa nanti. Saya tak pasti avocado jenis apa ni. Avocado kampung kot orang panggil. Ke? Ada siapa tahu? Sila komen.

Pokok avocado ni boleh tahan tinggi juga. Kena pakai pengait kalau tak ambil. Nak panjat macam tak sesuai sebabnya semua buahnya di hujung-hujung dahan je. Payah nak ambil.
Entah bila masa berbunga dan berbuah tak tahu lah. Tahu-tahu dah jadi buah. Nampak sangat lama tak balik dan tak membelek sampai belakang rumah.
29 Comments
Pertama kali tengok pokok avocado, ingatkan renek pokoknya, rupanya besar jugak ya. Kena guna galah ke atau kena panjat tu? Panjang² pulak buahnya. Sy suka jugak alpukat tapi takleh banyak la, sesedut dua okey, kalau segelas tak habis.
ReplyDeletePokok dia tinggi sama tinggi dengan pokok rambutan. A'ah kena guna galah lah kalau nak ambil. Kalau panjat tak dapat nak capai hujung-hujung dahan tu. Ye, dia lain sikit dari avocado yang biasa kita tengok tu.
DeleteKena minum kongsilah macam tu kalau order jus alpukat.
Macam avocado yang abnyak kat Indonesia je Fiza...akak kalau minum alpukat mesti kat Jakarta atau mana2 Indonesia sebab lebih asli...yang kat Malaysia blom pernah order lagi..
ReplyDeleteOh ye ke? Avocado Asia macam ni kot agaknya ek. Lain dari avocado bentuk lonjong tu. A'ah, kat sana lah popular kan. Sini dulu eden cowboy pernah jual kejap. Pernah lah rasa juga.
DeleteBanyak khasiat buah alpukat ni
ReplyDeleteCuma rasanya biasa2 aje.
Betul tu wak. Banyak khasiatnya. Rasa dia tak luar biasa.
Deleteraya ni boleh laa buat jus alpukat ;-)
ReplyDeleteBelum masak lagi tu Anies. Tak sempat nak buat minuman raya.
Deletebesar pokoknya.....akak tanam baru paras pinggang, anak akak suka sangat makan avocado, tu yg menanam....
ReplyDeleteA'aah. pokok dia besar dan tinggi macam pokok rambutan tu. Semoga berhasil hasil tanaman akak nanti. Aamiin...
DeletePertama kali akak tengok pokok buah avokado.
ReplyDeleteInilah dia pokok avocado. Lepas ni dah boleh kenal dah pokok avocado.
DeletePertama kali tengok pokok avocado. Selalu tengok buah je kat pasaraya.
ReplyDeleteIni kali dapat tengok pokoknya sekali.
DeleteHaah buah memanjang. Ingat boleh petik. Hehe siapa yang selalu kena kait?
ReplyDeleteMana dahan rendah sikit tu bolehlah tarik dan petik. Siapa nak, dialah kena kait. hihi...
DeleteCantik buah avocado.
ReplyDeleteBiasanya saya beli, buah masih keras.
Bawa balik, tunggu dua tiga hari masaklah dia. Kalau dah masak, lembut bila disentuh. Tak boleh biar lama sebab buah ini cepat rosak.
Maksudnya bolehlah kita petik dan peram kan kak Amie. Beli pun kena peram juga. Oo..faham, kalau dah masak dia lembik dan tak boleh simpan lama. Terima kasih kak Amie.
Deletetak kenal pon pokok avocado macam mana. buahnye je kenal
ReplyDeleteHaa sekarang dah tengok dan boleh kenal dah kan. hihi...
DeleteMeriah betul buahnya. Beruntung ada pokok sendiri. Kat pasaran pun harganya kayangan. Akk sukalah avokado ni.. lemak².
ReplyDeleteKalini macam lebih meriah pula buahnya. Rezeki, Alhamdulillah. Betul, kalau avocado biasa tu pun dah mahal. Kalau masak elok, sedap rasa dia. Lemak² buah jus bertambah sedap.
DeleteSaya sukaaaaa alpukat 😍😍😍😍😍. Memang sedap di jus kak. Atau kalo saya, di buat utk selai roti.
ReplyDeleteDi sini ada beberapa jenis alpukat, ada alpukat biasa, ada alpukat mentega. Alpukat mentega lebih sedap, Krn lembuuut dan berlemak.
Saya suka iris2 lalu makan dengan salad.
Atau saya hancurkan pakai sendok, lalu oles pada roti. Sedaap. Kasih gula sikiit kalo nak manis. Saya kasih stevia, sebab tak makan gula pasir 😄
Saya pernah minum jusnya sahaja. Jadikan spread roti dan salad belum pernah cuba lagi. Macam menarik juga tu. Boleh cuba nanti kalau ada rezeki dapat buah avocadonya.
DeleteBaru saya tahu ada banyak jenis alpukat disana. Menarik ada macam-macam olahan resipi jus alpukat.
Boleh saja dipetik, lalu peram, tapi hrs rajin dilihat, sebab kalo dah dipetik jadi cepat matang dan busuk kalo kelamaan
ReplyDeleteOhh macam tu. Berapa hari biasanya dia masak ye? Peram begitu atau gunakan medium lain? Bolehlah saya petik nanti kalau buahnya masih ada.
DeleteTerima kasih Fanny.
DeleteBaru tahu avocado boleh hidup kat Malaysia! Ingatkan buah ni cuma sesuai kat negara sejuk je. Menarik juga kalau boleh tanam sendiri kat laman rumah
ReplyDeleteAda, cuma jenis dia berbeza sikit. Betul, ada sedikit kelainan tanaman kita.
Delete