Cuti Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong hari Isnin, 2 Jun yang lepas kami balik kampung kejap. Mengemas apa yang perlu. Encik suami nak potong rumput dan kemuncup yang dah meninggi tu.

Macam biasa, rutin balik kampung tengok-tengok sekeliling rumah. Tengok pokok itu ini. Nampak meriah buah avocado. Rasa nak petik je. Tapi belum cukup masak untuk di ambil. Tapi kalau petik, lepas tu peram boleh ke?

Buah Avocado

Buah avocado ni lain sikit bentuknya macam yang biasa kita tengok tu. Saiznya pun lebih besar daripada biasa. Banyak kali juga dah berbuah. Kali ni macam lagi rancak berbuah. Sebelum ni saya pernah ambil dan buat air jus avocado. Sedap rasa lemak-lemak buah avocado tu. 

Jus avocado atau dipanggil alpukat ni popular di Indonesia. Di daerah mana saya tak pastilah. 

Buah Avocado Rancak Berbuah
yang pink tu bukan bungannya ye, ada pokok lain tumpang


Nampak gaya macam elok buahnya, tak diganggu musuh. Kalau ada rezeki, dapatlah merasa nanti. Saya tak pasti avocado jenis apa ni. Avocado kampung kot orang panggil. Ke? Ada siapa tahu? Sila komen.

Buah Avocado Rancak Berbuah

Pokok avocado ni boleh tahan tinggi juga. Kena pakai pengait kalau tak ambil. Nak panjat macam tak sesuai sebabnya semua buahnya di hujung-hujung dahan je. Payah nak ambil.

Entah bila masa berbunga dan berbuah tak tahu lah. Tahu-tahu dah jadi buah. Nampak sangat lama tak balik dan tak membelek sampai belakang rumah.