Saya dengan lontong daratnya. Encik suami pula pilih nasi ambeng di kedai yang sama, Irabaiduri Chicken Guling Senawang.
Maaflah gambar tak semenggah sangat. Lepas pindah masuk pinggan dia jadi berantakan pula. Tak dapatlah nak buat food plating cantik-cantik. Terimalah seadanya. Janji ada rupa nasi ambeng sikit.
Tengok dari rupa parasnya seperti tidak lengkap. Macam kekurangan mi. Yang ada lauk ayam masak kicap, sambal tempe ikan bilis dan serondeng. Lebih kurang sama dengan lontong darat cuma beza nasi dan lauk ayamnya sahaja.

Porsi nasi ambeng ni besar sampaikan tak larat encik suami nak sumbat masuk mulut. Perut tak ada ruang dah. Kalau beli sebungkus kongsi berdua pun OK ni.
Sedap, berselera encik suami makan. Cuma tu lah jenuh nak menghabiskan. Tak muat pinggan nasi yang versi lama tu. Terpaksa guna pinggan leper begini.
Saya suka nasi ambeng versi ada mi. Ke mi dia habis? Selain tu suka ada sambal goreng jawa dengan suhun dan kacang panjang tu. Lagi sedap kalau nasi ambeng tu dibungkus dengan daun pisang. Fuhhh...berselera makan.
34 Comments
Lalu nasi ambang pulak...
ReplyDeleteHihi..nasi ambeng tumpang lalu.
DeleteNampak mengenyangkan!
ReplyDeleteSangat mengenyangkan. Serious!
Deletegmbr tak semengah pun nmpk lazat nasi ambeng itu., tp skrg wak xleh layan sbb porsi nasi dgn mee goreng dan lauk yg byk., huhu
ReplyDeleteKalau tengah lapar pasti lagi nampak lazat wak. hihi...Saya pun tak boleh layan banyak-banyak ni. Ini kena kongsi berdua. Tak tahu pulak dia punya isi banyak begini.
DeleteKalau tak ada mi goreng dan sambal goreng, tak lengkaplah set nasi ambeng.
ReplyDeleteTapi kalau yang lain-lain rasanya sedap, bolehlah kan Fiza…janji dapat makan sedap.
Ya, kurang lengkap set nasi ambeng ni. Sebab sedap, layankan ajelah. hihi...
DeleteKat kampung wak kalau kenduri tahlilan masih guna nasi ambeng dulang
ReplyDeleteOhhh masih ada ye wak. Best tu. Mungkin di sana masih ramai komuniti orang Jawa kot. Belah-belah Segamat ni macam tak pernah jumpa nasi ambeng bila kenduri tahlil. Masakan lauk kampung je macam biasa.
DeleteAda satu kedai kat lrt pasar seni ni dia jual nasi ambeng guna angelhair instead of noodle biasa tu. Taknak cememeh agaknya tp sedap je
ReplyDeletePasta angelhair lah pulak. Macam-macam gantian mi ada dalam nasi ambeng kan. Kalau sedap, kita pun OK je kan.
DeleteFavourite saya ngan mak jugak..wow..Banyak betul portion nya ye... Puas Makan! Takleh diet kalau dah jumpa nasi Ambeng..ahhaaha
ReplyDeleteSangat banyak daripada portion yang biasa kita makan tu. Memang puas makan lah cerita dia. Tahu takpe! Tak kenal sudah apa itu diet. hihi...
DeleteAdoyai.. Terliur pulak. Saya antara peminat nasi ambeng walaupun saya bukan Jawa. Hehe
ReplyDeleteHihi..saya pun bukan jawa tapi suka juga makan. Kena cari tu kot ada area Melaka yang sedap-sedap. Nanti boleh share lokasi.
DeleteAkk ingatkan nasi ambeng mmg wajib la ada mi dan sambal goreng jawa tu... Tapi mgkn dah habis kot mi & sambal goreng tu kan...
ReplyDeleteMungkin juga habis kot.
DeleteAlamak, dah lama tak makan nasi ambeng.
ReplyDeleteBesor nampak portion nasi dalam gambar, memang kena share berdua ni.
Sangat besar portion dia kak Nur. Kenyang betul tengok encik suami makan. Memang kena share berdua.
Deletesaya peminat nasi ambeng, tp nasi ambeng tu macam tak lengkap jer sebab takde mee goreng ngan sambal jawa. Nasi ambeng selalunya porsi dia mmg bole makan 2-3 orang
ReplyDeleteKannn.. Rasa tak lengkap tanpa mi dan sambal jawa. Tu kira watak penting dalam nasi ambeng.
DeleteUishhh… nampak tempting sungguh nasi tuh!
ReplyDeleteBanyak lauknya pun. Kenyang sampai bontuih kak.
DeleteKat sinipun nasi ambeng dia banyak. Kena 2 kali makan.
ReplyDeleteYa suka sambal jawa juga tapi mi takdepun takpe.
Ya, portion nasi ambeng memang jenis besar kan. Portion untuk dua orang sebab banyak lauk pauknya. So macam ni kira oklah untuk selera kak Wina kan tak ada mi.
DeleteAduhh Nasi Ambeng favorite tapi payah nak dapat yang sedap.
ReplyDeleteBetul tu, payah nak cari yang sempurna ikut selera tekak
DeleteDi sini nasi ambeng juga pakai mi. Biasanya nasi ambeng ini dijadikan goodiebag saat ada syukuran kak.
ReplyDeleteDan rasanya rata2 sedap memang 😄👍
Ooo macam tu. Kira jadi menu wajib masa kenduri lah. Best makan kalau nasi ambeng sedap.
Deleteye laa selalunya nasi ambeng mmg akan ada mi goreng... kalau tak ada tu bukan nasi ambeng namanya hehehe
ReplyDeleteHahaha...Tak tahulah boleh panggil nasi ambeng ke tidak bila tak ada mi.
Deletekak SA pernah makan tapi bukan peminat tegar la..boleh je makan..
ReplyDeletePernah makan okaylah tu. Dapat merasa.
Delete