Kebetulan encik suami cuti hari Khamis sebab hantar mak appointment. Alang-alang dah cuti hari Khamis, jomlah check in dan stay sampai hari Sabtu. Acah-acah bercuti. Padahal duduk stay hotel je pun tak kemana-mana.
Motifnya ingin berehat seketika. Nak berehat tidur hotel tanpa pergi kemana-mana pun. Rasa lelah betul dengan bermacam-macam perkara. Dah lama sebenarnya merancang. Kali ni lah baru ada kesempatan. Sebelum ni memanjang je tak jadi dah berbulan-bulan. Banyak sangat halnya.
Biasanya plan last minute selalu menjadi.
Kami booking Hotel Tenera Bandar Baru Bangi sehari sebelum check in, hari Rabu. Booking melalui platform Agoda. Tak berapa nak last minute sangat lah kan. Itupun laju-laju booking sebab macam tak banyak bilik yang available.
Pilih Hotel ni sebab dekat lah sikit dengan tempat kerja encik suami. Tak perlulah nak merentas negeri hari Jumaat bekerja tu. Hari Sabtu baru check out, dapatlah encik suami berehat sehari di hotel.
Sebelum check in, beli dulu segala bekal makanan dan minuman. Malas nak keluar masuk lagi bila dah check in. Kami sampai agak lewat hampir jam 10 malam. Terus menuju ke ruang parkir di basement hotel.

Tanpa berlengah lagi, kami terus menuju ke front desk di lobby hotel. Encik suami uruskan hal check in.



Di ruang atas pula saya tertarik dengan candelier yang berkilau ni. Terselerah kemewahannya dengan saiznya yang cukup besar di tengah-tengah lobby. Designnya pun cantik.

Malas nak fikir dah sebab penat. Kita nak rehat nak tenang-tenang je. Jomlah masuk bilik. Lif tak jauh dari lobby hotel. Waktu nak ke lobby dari parkir tadi akan limpas di lif ni.
Nak turun naik lif pun tak perlukan kad access. Biasanya kalau hotel yang sekali dengan resident baru ada kad access untuk tujuan keselamatan.


selak pintu almari cermin ni ada iron, iron board, hanger, peti besi keselamatan, selipar bilik dan bantal extra pada bahagian atas almari (tiada dalam gambar).




Kiri kanan sudah, inilah dia ruang bilik yang terbentang luas depan mata. Luas tak luas sangatlah. Tapi selesa.


Katil, bantal semua empuk. Lena betul tidur kalau guna bantal hotel ni. Buka aircond 23°C, selimut tebal. Memang lenalah tidur kami. Kat rumah buka aircond setakat 25°C je sebab guna cool duvet.
Sejuk di rumah tak sama dengan sejuk di hotel. Tak gitu? Ada lounge chair ni dapat berehat-rehat sambil tengok TV sambil scroll medsos di handphone. Empuk sofanya.
Tapi yang sakit matanya ada jahitan terkoyak dan sofa salah letak. Patut yang zip tu belakang. Adoiilaaa..semua benda kau nak nak complaint. Dah nampak depan mata kan. Kita ni expect tinggi untuk hotel lima bintang.

Malam tu dapatlah kami jamu mata hutan suasana bandar Bangi yang masih rancak lampunya menyala sana-sini.


Ada juga in-room dining menu. Menu dia menarik dan harga boleh tahan juga. Ingatkan nak pesan tapi dah malam sangat pula. Dah masa untuk rehat dan tidur. In room dining jam 11:00 pagi sampai 12 tengah malam. Ada western dan juga lokal.

Kami tak ambil included breakfast. Pagi Jumaat kami sarapan roti je. Ringkas dan cepat encik suami pergi kerja. Waktu siang saya layan permandangan je. Sambil tu pulun blogwalking dari pagi sampai ke petang sementara tunggu encik suami balik kerja.


Selesai sudah penginapan 3 Hari 2 Malam Di Hotel Tenera Bandar Baru Bangi. Nak repeat tu macam tak, macam nak. Kalau repeat pun kena cari bilik yang shower tak sekali dengan bathtub.

![]() |
Lif bersih, luas dan selesa |
![]() |
Ruang hallway ke bilik-bilik, sebelah kiri pintu dari lif. |
Masuk-masuk je sebelah kanan ada almari besar dengan pintunya cermin besar. Puas hati nak bersiap kalau ada cermin besar ni kan. Mirror selfie kejap.

Rasa macam tergemuk balik ni. Lepas raya kan. Sia-sia turun 3 kilo lebih haritu. Salah baju kot belang-belang melintang. Dia kena pakai jalur menegak baru nampak kurus. Ahhh lantak situ. Ehh... tersama tema dengan bilik hotel.

![]() |
Coffee area sebelah almari. |
Disediakan kettle, air minuman, cawan, gelas, kopi & teh sachet, gula dan krimer. Air spritzer tu saya bawa dari rumah. Kena ada extra air. Ada juga peti ais dalam kabinet. Dalam drawer atas tu ada disediakan laundry bag.

Sebelah kiri dari pintu masuk, bilik air. Sekali dengan toilet bowl, bathtub, shower dan sinki. Bilik air luas, bersih dan tak nampak kesan lumut. Kebersihan memuaskan bagi saya. Cuma ada yang tak best, shower dia dalam bathtub. Susah nak mandi oiii...
Kesilapan kami tak tengok betul-betul keadaanya bilik air dalam gambar. Tak pasal-pasal kena bersusah payah nak masuk dalam bathtub. Risau licin je sebab bawah tu tak ada alas kaki. Kita bukan biasa.

Toiletries juga disediakan.
- Shampoo
- Conditioner
- Bath gel
- Body lotion
- Toothbrush & toothpaste
- Shower cap
- Sanitary bag
Tiba-tiba rasa macam tak kena susunan produk ni. Patutnya belakang shampoo tu conditioner.

Lantai karpet tebal. Tak berbau sedap dipijak, gebu. Jadi tak perlu pakai selipar dah. Kami pilih Superior king sebab nak katil king.

Hiasan yang ringkas. Yang tak boleh brain, kenapa lah soket plug tu begitu keadaannya. Kata hotel 5 star. Aduh, sakit mata kita tengok.

Sejuk di rumah tak sama dengan sejuk di hotel. Tak gitu? Ada lounge chair ni dapat berehat-rehat sambil tengok TV sambil scroll medsos di handphone. Empuk sofanya.
Tapi yang sakit matanya ada jahitan terkoyak dan sofa salah letak. Patut yang zip tu belakang. Adoiilaaa..semua benda kau nak nak complaint. Dah nampak depan mata kan. Kita ni expect tinggi untuk hotel lima bintang.

Malam tu dapatlah kami jamu mata hutan suasana bandar Bangi yang masih rancak lampunya menyala sana-sini.
Sesekali dapat kami saksikan suasana malam dari aras tinggi. Itu yang kalau tidur hotel mesti request higher level. Yelah, rumah kita teres dan biasa tengok orang lalu lalang.

Berhadapan katil, ada workstation dengan kerusi dan sebelahnya TV. Sempatlah layan Drama Keluarga Itu Episod 30, episod akhir. Rupanya esoknya tu ada satu lagi episod 31, episod akhir ekslusif hanya di platform Tonton. Itu belum tengok lagi.

Ada juga in-room dining menu. Menu dia menarik dan harga boleh tahan juga. Ingatkan nak pesan tapi dah malam sangat pula. Dah masa untuk rehat dan tidur. In room dining jam 11:00 pagi sampai 12 tengah malam. Ada western dan juga lokal.

Kami tak ambil included breakfast. Pagi Jumaat kami sarapan roti je. Ringkas dan cepat encik suami pergi kerja. Waktu siang saya layan permandangan je. Sambil tu pulun blogwalking dari pagi sampai ke petang sementara tunggu encik suami balik kerja.
Ingat nak jalan-jalan sekitar hotel tapi malas. Cuaca diluar pun panas lain macam. Lagi pula cermin kaca begini. Berlawanlah sejuk dalam dan panas luar tu.

Tengah hari saya makan mamee chef lontong je dan roti. Nak pesan dine in room, malas. Malas nak bersiap orang datang hantar makanan. Serba serbi malas ni. Kalau ada encik suami, okay lagi.
Encik suami balik kerja beli makanan siap-siap sebab saya masih malas keluar. Nak duduk rehat di hotel je. Beli Nasi dan ayam goreng kunyit Mat Rock, Foodtruck di Taman Tasik Cempaka Bangi. Tak ambil gambar sebab lapar.
Pertama kali makan nasi dan ayam goreng kunyit Mat Rock ni. Nasi dicurah kicap siap-siap. Ayam goreng kunyit dia sedap. Macam digoreng dengan tepung sikit. Dicampurkan dengan kacang panjang dan lobak merah. Banyak isi ayamnya pun. Encik suami ambil nasi dan sotong goreng kunyit. Sedap juga.
Malam tak kemana-mana, rehat saja dalam bilik. Tidur awal, topup tidur yang tak cukup beberapa hari sebelum tu. Esok paginya kami pesan sarapan by grab food delivery je. Beli nasi lemak, bihun goreng dan pulut kuning ayam rendang dari Restoran Mak Kimbong. Okaylah, sedap juga.
Jam 11 lebih, kami check out. Begini je bersiap macam tak siap. Bukan nak kemana-mana. Tema baju belang-belang. Malas bawa blouse sebab malas gosok. Semua malas! Apa nak jadi ni.
![]() |
Luggage encik suami bawa |
Sebelah lif ni ada cermin besar rupanya. Nak ke bilik haritu tak perasan pula. Pantang jumpa cermin. Selfie mirror sekali.
Kami hantar barang masuk kereta dulu, baru check out. Saya tunggu di kereta je. Ramai orang di lobby masa encik suami turun ambil sarapan tadi. Ada event apa entah. Urusan checkout cepat tak sampai 5 minit.

Selesai sudah penginapan 3 Hari 2 Malam Di Hotel Tenera Bandar Baru Bangi. Nak repeat tu macam tak, macam nak. Kalau repeat pun kena cari bilik yang shower tak sekali dengan bathtub.
Seronok juga stay di sini. Selesa, bersih tak ada bau pelik, service bagus dan facilities lengkap. Yang tak syoknya tak berapa nak kedap bunyi sangat. Dengar orang bercakap di luar bila lalu. Kalau kita lalu di bilik orang pun dengar orang bercakap di dalam.
Lagi best kalau bilik ada beranda. Tapi yang bilik ada beranda, jenis suite dan apartment kalau tak silap. Tapi unavailable. Tak dapatlah nak booking bilik tu. Mungkin next time?
Banyak aktiviti yang ada kalau staycation disini. Ada gym, swimming pool dan lain-lain. Cuma tu lah bila sorang-sorang ni jadi malas. Malas nak kacau masa encik suami balik kerja, dia juga perlukan rehat. Berehat sama-sama di bilik je lah cerita dia.
Selesai sudah menghilangkan stress seketika. Mujurlah stress tak ikut sekali. Balik hari Sabtu tu pun dah mula jem sebab orang dah mula bercuti long weekend kan.
12 Comments
Akak dah beberapa kali stay Tenera. Tapi tak buat entri, macam biasa…peram sampai basi 😆
ReplyDeleteEloklah Fiza tak ambik sarapan sebab kalau menurut tekak kami laki bini, memang tak berapa kena selera masakannya. Tak taulah kalau sekarang dah ok. Tahun ni belum ke sana lagi.
Tenera ni yang akak suka bantal dia sedap buat tidur. Akak cerewet sikit bab bantal, bukan semua bantal hotel akak selesa tidur.
Setiap kali stay, stay bilik lain-lain ke kak? Kena buat entry tu kak, dapat tahu bilik-bilik mana yang best.
DeleteOh ye? Macam tak berbaloi pulak. Kalau encik suami tak kerja, nak ambil juga sarapan. Boleh berleha-leha tanpa rushing. Ada hikmahnya tak ambil. Nanti kalau stay lagi boleh buat entry, kot sedap sudah makanannya.
Yaaaa..yang tu saya setuju. Lena betul tidur. Biasa kalau tempat baru susah nak tidur.
Betul2 berehat nie.. Tak keluar lansung
ReplyDelete.. Hihihi.. Kdg2 memang malas kan...
Yaa...Betul-betul nak berehat. Memang tengah malas betul masa tu. hihi...
DeleteCantiknya hotel dia. Rasa nak duk dalam bilik je menikmati keindahan bilik tu.
ReplyDeleteCantik hotelnya. Ya, saya duduk di bilik je sepanjang penginapan tu. Rehat dan santai je dalam bilik.
Deletehotel lawa. gambar cantik. awak sangat comel!
ReplyDeletekita pun suka healing di hotel. takyah buat apa2 just guleng2 dlm hotel ja. tapiii hahaaa lambert la lagi. entah bila.
Hotelnya memang lawa.
DeleteTerima kasih awakkk...
Next time bolehlah bila anak-anak dah membesar. Sesekali kan...
Akak ada juga stay hotel ni, semasa bulan 2 yang lepas, baru balik umrah. Tapi akak stay di apartmentnya. Ada dapur bagai. Lama dia punya interior, patut di-refurbish.
ReplyDeleteAda ambil breakfast hari tu. Pendapat akak, ok. Semua makanan ada, yang standard macam nasi lemak, yang noodle station, yang western, yang roti canai, banyak pilihan la, perut akak tak larat nak cuba semua.
Yang Fiza stay ni cantik, sebab ambil yang hotel. Tak payah cuba apartment dia, tak lawa. Hihi...
Lahh ye ke. Tak sempat nak tengok sebab dah habis masa tu. Baiklah, boleh pangkah siap siap. Ya, yang hotel ni OK lah pada saya.
Deletecantik dan bersih hotelnya...
ReplyDeletetak silap masa PKP ni dulu hotel ni pernah viral sekejap...
Ya, cantik dan bersih. Selesa menginap kat sini. Viral pasal apa tu ek? Tak perasan pulak.
Delete