Selepas 7 tahun, kembali ke Penang. Kita ni kalau tak ada urusan, jarang sekali nak ada journey to the North. Kalau ke utara pun paling jauh dekat Sabak Bernam tu je. Sampai ke Perak pun jarang sekali  berlaku.

Encik suami ada urusan kerja luar di Penang hari Khamis dan Jumaat. Saya pun ambil kesempatan ikut sekali. Alang-alang teman, boleh jalan sekali sampai hari Sabtu. Bak kata peribahasa,

Sambil menyelam minum air

Kami gerak dari Seremban tak berapa nak awal sangat. Jam 10 lebih macam tu sebab taknak berebut jalan dengan kenderaan lain. Maklumlah, hari bekerja. Tentu jalan sesak sikit pagi-pagi. 

Perjalanan lancar tapi ada tempat yang tiba-tiba sesak daaa. Ada lane yang ditutup. Masa inilah dia nak tutup jalan pun. Sabar je lah.

Perjalanan Ke Penang

Nampak Ferris Wheel dari kejauhan di Funpark Gamuda Luge Garden. Pernah naik sekali masa tu di Melaka. Seram betul bila berada di kedudukan paling atas tu. Sampai sini rindu pula Rawang. Pernah jadi warga Rawang satu masa dulu. Hanya tinggal kenangan.

Kami berhenti sekali untuk isi minyak di hentian RTC Perak Rest Area. Tak ada rehat, terus gerak ke Penang sebab tak nak terlewat. Exit melalui Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, jambatan kedua Pulau Pinang.

Perjalanan Ke Penang

Langit biru tenang dan terang. Awan kepul-kepul. Cantik kejadian tapi panas bukan main-main. Utara sinonim dengan cuaca panasnya. Tambah lagi berdekatan dengan laut. Extra hot!

Perjalanan Ke Penang

Ini bukan pertama melalui jambatan ni. Kalau dari Selatan nak ke sebelah pulau tu mesti akan ikut sini. Melainkan kalau nak singgah ke Bukit Mertajam ke, Butterworth ke, kenalah ikut jambatan pertama tu.

Dulu masa study di UiTM Penang jarang sangat ke pulau. Setakat Georgetown tu je lah kot. Sebab jauh. 

Perjalanan Ke Penang

Cantik design jambatan ni, melengkuk tak lurus macam biasa. Ada keunikannya. Jambatan panjang dan bolehlah kita layan permandangan laut biru di kiri dan kanan.

Perjalanan Ke Penang

Lepas exit jambatan jam 3 lebih. Encik suami hantar saya ke lobby hotel dan dia terus ke tempat urusan kerja. 

bersambung...