Encik suami ada urusan kerja luar di Penang hari Khamis dan Jumaat. Saya pun ambil kesempatan ikut sekali. Alang-alang teman, boleh jalan sekali sampai hari Sabtu. Bak kata peribahasa,
Sambil menyelam minum air
Kami gerak dari Seremban tak berapa nak awal sangat. Jam 10 lebih macam tu sebab taknak berebut jalan dengan kenderaan lain. Maklumlah, hari bekerja. Tentu jalan sesak sikit pagi-pagi.
Perjalanan lancar tapi ada tempat yang tiba-tiba sesak daaa. Ada lane yang ditutup. Masa inilah dia nak tutup jalan pun. Sabar je lah.

Kami berhenti sekali untuk isi minyak di hentian RTC Perak Rest Area. Tak ada rehat, terus gerak ke Penang sebab tak nak terlewat. Exit melalui Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, jambatan kedua Pulau Pinang.

Langit biru tenang dan terang. Awan kepul-kepul. Cantik kejadian tapi panas bukan main-main. Utara sinonim dengan cuaca panasnya. Tambah lagi berdekatan dengan laut. Extra hot!

Dulu masa study di UiTM Penang jarang sangat ke pulau. Setakat Georgetown tu je lah kot. Sebab jauh.


Lepas exit jambatan jam 3 lebih. Encik suami hantar saya ke lobby hotel dan dia terus ke tempat urusan kerja.
bersambung...
14 Comments
Pi Penang jangan lupa pekena nasi kandaq :)
ReplyDeleteHihi..tak pekena kak, saya bukan peminat nasi kandaq.
Deletejambatan kedua tak sibuk sangat..tapi, lambat sikit lah sampai...hihihi
ReplyDeleteA'ah. Lebih tenang dan dekat dengan destinasi kami nak pergi.
DeleteAkak pun dah lama x pi Penang..dulu adik bongsu kerja kat Penang ada la 2-3 kali pergi tapi x sempat explore pun
ReplyDeleteTakpe kak, nanti set masa untuk bercuti-cuti ke Penang lama sikit. Boleh explore mana yang tak pernah jejak lagi.
Deleteni yg buatkan sy x sabarrrrr nak gi penang bln depannnnnnn
ReplyDeleteWahh ke Penang juga ye nanti. Selamat bercuti. Jangan lupa review dalam blog. hihi...
DeleteSamalah kat Lumut pun panas. Kalau hujan pun sikit-sikit je. Oh, Fizah dulu uitm Penang rupanya. Tak pernah guna jambatan kedua. Dah bertahun-tahun tak ke Penang.
ReplyDeleteLumut pun panas juga ye. Tengah musim. Tapi sekarang ada juga hujan turun, sejuk sikit. Ya, Diploma UiTM Penang. Degree di UiTM Shah Alam. hihi...
DeleteAda rezeki cuti sekolah ni bolehlah ke Penang kak Nur.
Ammi kalau naik ferris wheel ok lagi, kalau roller coaster atau ship tu huhuhu mmg mengucap terus kat atas tu
ReplyDeleteHihi..dulu zaman remaja bolehlah lagi kan. Sekarang ni kita tengok orang naik je lah.
DeleteSaya 4 tahun di Penang, kenapaaaa tiap lewat jembatan selalu tertidur 🤣🤣🤣🤣🤣. Makanya tak pernah lihat jelas lah. Selalu dari suami yg kebetulan ambil videonya, atau foto. Memang saya sendiri tak pernah dpt Krn ketiduran tiap lewat 😂
ReplyDeleteBetuuul kak, panasnya Penang tuh beda. Mungkin Krn tepi laut kan. JD lembab. Beda dengan panas KL, jakarta. Panas tapi tak lembab.
Cuma biar begitu, Krn saya lama di Penang, memang lah tetap cinta kota itu 😄. Makanya sering bolak balik ke Penang . Apalagi ada direct flight dr jakarta
Hihi...nampaknya lepas ni kena berjaga bila melalui jambatan. Nampaknya Penang dah jadi kampung kedua Fanny dah. Asal ke Malaysia harus ke Penang gitu. Ya, cuaca di utara panas sikit dekat dengan laut berbanding negeri-negeri di selatan. Tambah lagi musim cuaca panas sekarang ni. Lagilah panas.
Delete