6 Syawal, ada urusan di Kuala Pilah. Belum habis penat, terpaksa juga pergi untuk uruskan hal tanah keluarga encik suami sebab encik suami pun dah ambil cuti hari Isnin. Macam biasa, urusan tanah jarang selesai cepat. Ada je hal yang bercanggah dan sudahnya tak selesai juga. 

Dah urusan di situ tak selesai, tak dapatlah nak teruskan urusan lain-lain. Moh lah kita merarau dulu. Kononnya nak merarau di Senalingbucks Coffee. Sekali tutup daaa...Kempunan nak mencuba spaghetti dan minum kopi sedap.

Bertukar arah lah kami ke Richiamo Coffee Laman Gentam, Kuala Pilah yang memang buka hari-hari. 

Richiamo Coffee Laman Gentam, Kuala Pilah

Memandangkan kami pergi hari Isnin, orang pun tak ramai. Parkir kereta pun ada beberapa ketul kereta je.

Richiamo Coffee Laman Gentam, Kuala Pilah

Disini kalau ramai pun masih banyak meja dan kerusi di letakkan di luar. 

Richiamo Coffee Laman Gentam, Kuala Pilah

Bila tak ramai orang, dapatlah kami merasa duduk dalam tempat yang ada pendingin hawa. Haritu masa pertama kali pergi Richiamo Coffee sini, ramai orang duduk dalam. 

Kali ni dapat duduk dalam, dapatlah juga menjamu mata dengan permandangan cantik di belakangnya. Ada kolam dan ada tanaman.

Richiamo Coffee Laman Gentam, Kuala Pilah

Ada banyak jenis kerusi dan meja disini. Ada jenis kerusi dan meja tinggi. Mulanya nak duduk sini tapi rasa macam kurang selesa lah pula.

Richiamo Coffee Laman Gentam, Kuala Pilah

Di hujung sebelah sana ada sofa. Yang tu selesa untuk duduk tapi tak selesa bila nak menjamu selera nanti. Dalam ni susunan meja dan kerusi agak rapat. Kalau ramai-ramai kurang selesa lah pada saya. Lepas tu kalau bercakap tu, bergaung. Memang boleh dengar perbualan setiap orang.

Richiamo Coffee Laman Gentam, Kuala Pilah

Tak lama menunggu, buzzer pun berbunyi. Semua pesanan siap dalam masa yang sama. Macam biasa, hazelnut latte panas untuk saya. 

Richiamo Coffee Laman Gentam, Kuala Pilah

Encik suami beli kopi sejuk, iced caramello cappucino. Saya pilih spaghetti chicken bolognese, encik suami pilih menu nasi, nasi lemak ayam rendang. Beli juga chocolate roll danish.

Richiamo Coffee Laman Gentam, Kuala Pilah

Pertama kali cuba spaghetti chicken bolognese Richiamo Coffee. Selama ni asyik pesan set nasi je. Tukar selera lah pula. Sedap! Kena dengan selera saya. Tak masam sangat, tak manis sangat sos dia. Just nice.

Cuma tak puas hati sosej 3 hiris je atas tu. Sekadar buat rasa-rasa je kot. Isi ayam macam tak berapa nak ada je. 

Chocolate roll danish juga pertama kali cuba. Bestnya bau butter! Rasa dia pun sedap walaupun tak meriah coklatnya. Rasa macam tak cukup pula kongsi berdua. Lepas ni kena beli dua, tak nak kongsi. hihi...

nota
merarau = makan tengahari