Hari Rabu lepas, hari terakhir puasa enam. Alhamdulillah, tahun ni kita pulun selesaikan awal tak kalut. Minggu lepas 3 hari straight, minggu ni 3 hari straight. Ramai juga yang berpuasa minggu ni, hari Isnin sampai Rabu sebab puasa sunat Hari Putih kan.

Tiba-tiba macam nak merendang ayam pula sempena raya puasa enam. Buat sikit pun jadilah, setengah ekor. 

Lepas tu baru perasan, raya tahun ni saya tak masak rendang. Membantu masak rendang pun tak. Sebabnya masa raya di Segamat tu, kakak saya masak rendang daging je. Ayam buat masak merah. Balik Kuala Pilah pula rendang memang dah siap masak.

Nak masak rendang ni kena masak awal. Nak tunggu kuah kering tu ambil masa. Masakan rendang ni lagi sedap kalau kita makan selepas beberapa jam masak. Kann..rasa dia lagi sedap. Kuah tu lebih pekat dan mesra.


Rendang Ayam Raya

Tak sempat nak hidangkan dalam pinggan, dalam kuali saya tadahkan. Punyalah pemalas seorang Fiza ni. Bukan malas, tapi nak cepat nak cepat nak cepat. 

Berselera encik suami makan. Saya pun berselera juga. Sesekali craving masakan rendang sendiri. Walaupun tak sempurna, tak ada lengkuas, kerisik dan kurang pedas sikit. Tetaplah kita berselera makan.

Pula tu dengan serai yang dah nak hampir kering, kita masukkan juga dalam pengisar. Eh, dia tak lumat betul. Hentam sajalah labu. Kita buat dia. Janji ada rasa. Masak sendiri ni asbol (asal boleh) je kan. Depan mak, depan mak mentua jangan dibuat.