Salam Jumaat (سلام جمعة), penghulu segala hari. Hari ni dah masuk 18 Ramadan. Menarik untuk saya kongsikan doa murah rezeki dan mendapat kejayaan dunia akhirat yang pernah dikongsikan oleh Neelofa dan telah menjadikan amalannya.

Doa Murah Rezeki Dan Mendapat Kejayaan Dunia Akhirat Yang DiKongsikan oleh Neelofa

Ajaibnya, rezekinya tak putus-putus. Doa yang panjang dan dia lancar membacanya. The power of doa. Bila kita pasang niat yang baik, maka yang baik-baiklah kita dapat. Baca doa ni kita kena faham juga supaya kita boleh khusyuk dan berdoa bersungguh-sungguh.

InshaAllah dengan izin Allah, Allah akan berikan rezeki buat kita tepat pada masanya. Cuma cepat atau lambat sahaja. Yang penting, jangan pernah berhenti doa. Berdoa dan mohonlah apa sahaja yang kita mahukan. 

Doa juga perlu disusuli dengan usaha.

Doa murah rezeki dan mendapat kejayaan dunia akhirat amalan Neelofa

Ya Allah,
Yang Maha Pemurah,
Yang Maha Merancang,
Berikan aku rezeki seluas langitMu,
Rezeki yang berkat,
Rezeki yang tak pernah putus seperti air zamzam,
Rezeki yang bertebaran di seluruh pelusuk dunia sepertimana air zamzamMu yang bertebaran di seluruh dunia,
Rezeki yang tak pernah putus,
Rezeki yang membawa kebaikan,
Rezeki yang membawaku ke syurgaMu,
Rezeki yang tak disangka-sangka,
Rezeki yang menjangkau akal fikiran,
Rezeki yang boleh membantu untuk aku berdakwah di negara Islam dan membantu membawa pendakwah-pendakwah ke seluruh dunia untuk mereka berdakwah,
Rezeki yang boleh membawa aku, ibu bapa, keluarga, sahabat, guru-guru dan kenalan aku ke syurgaMu Ya Allah.
Aamiin...