Perlawanan antara pasukan Malaysia menentang Oman pada 26 Mac 2024 bakal berlangsung di stadium keramat iaitu Stadium Nasional, Bukit Jalil dalam aksi keempat kumpulan D untuk Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Malaysia vs Oman

Pada perlawanan sebelumnya, Oman vs Malaysia yang berlangsung di Sultan Qaboos Sports Complex, skuad Harimau Malaya tewas 2-0. Sudah tentu kita mengharapkan skuad negara dapat beraksi dengan lebih cemerlang bermain di halaman sendiri, seterusnya dapat menambah mata penting.

SIARAN LANGSUNG (LIVE) MALAYSIA vs OMAN

Waktu siaran : Selasa, 26 Mac 2024, jam 10:00 malam
Tempat : Stadium Nasional, Bukit Jalil
Siaran TV : Astro Arena (CH801), Arena Bola ( CH803), TV Okey (CH146), Sukan RTM (myFreeview-saluran 111)
Strim online : RTMKlik (TV OkeySukan RTM), Sooka

Penstriman langsung/ live streaming percuma (live stream free) hanya di TV Okey, Sukan RTM dan Astro untuk pelanggan Astro. Untuk tontonan menerusi platform Sooka, penonton perlu dengan melanggan pas 1 perlawanan berharga RM13.90.


INFO TIKET

Tiket boleh didapati di laman rasmi tickethotline.com.my

HARGA

Terbuka
RM40/ Dewasa
RM5/ Kanak-kanak

Grandstand
RM60

Premium
RM80

Keputusan masa penuh perlawanan

Keputusan perlawanan antara Malaysia vs Oman dalam saingan aksi keempat kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 secara langsung/ live score akan dikemaskini sehingga tamat masa penuh perlawanan.

MALAYSIA ( ) vs ( ) OMAN