Balik dari KOMBES, ajak encik suami mengopi di Rasta Kopi. Port lepak wajib singgah lepas bakar kalori dan tak asing lagi dalam blog ni sebab tak berkali-kali saya update tanpa jemu. Lama juga tak singgah sini. Alang-alang hari Jumaat dan esok tak kerja, lepaklah kejap kupi-kupi.

Rasta Kopi

Masa kami sampai ada pelanggan lain. Kalau tak ada orang, kami pilih duduk di meja tengah. Tapi kalini duduk di bahagian tepi je lah.
 
Rasta Kopi

Masih tak jemu nak memotretkan Cafe Rasta Kopi ni. Walaupun sudut yang sama tapi hari lain dengan cerita yang berbeza.

Rasta Kopi

Rasta Kopi yang berkonsepkan tema raggae. Lagu yang dimainkan pun lagu raggae mengikut tema cafe.

Rasta Kopi

Selain layan kopi panas, ada pula Basque Burnt Cheesecake di kaunter. Jadi pesan lah sepotong kongsi berdua buat rasa-rasa je. Kek pun sedap. Rasa manis topping coklat dan masin masin keju yang seimbang. 

Rasta Kopi

Biasa encik suami pesan air kopi caramel macchiato sejuk. Tapi tiba-tiba nak air panas pula macam saya selalu pesan. Bila dah pesan caramel macchiato panas, dia pesan hazelnut latte. Memang akan pesan menu berbeza sebab boleh rasa kopi yang berbeza.

Menu menarik di Rasta Kopi