Kecewa, memang kecewa sungguh! Tapi apa nak buat memang tak dapat lah nak ke Gua Sejengkal tu. Kena tunggu air surut juga kaedahnya. Tapi tak apa, mungkin kena datang sekali lagi di masa yang tepat mungkin. Eh?

Setelah gagal ke Gua, kami patah semula di laluan yang ada batang pokok tumbang dan pondok. Keluar pantai belok ke hutan.

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Kawasan di sini terang. Kalau suka bercamping mungkin boleh camping di sini kot. Kami terus mendaki melalui bukit sebelah kiri tu. Kalau datang dari arah depan akan melalui tangga yang dinamakan tangga taubat.

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Kami perlu mendaki sikit. Kalau bawa trekking pole sangat membantu ye mendaki trail macam ni. Saya tak bawa pula. Konon mendaki bukit je. Padahal berguna juga kan. Ingat gunung je ke kena pakai trekking pole tu? Lepas ni wajib bawa trekking pole bila hiking. 

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Lepas naik bukit sikit, akan jumpa tangga taubat. Kenalah menyusup di celah tengah besi tangga tepi tu.

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Ingatkan sikit je tangganya. Rupanya bertingkek-tingkek (bertingkat-tingkat). Dekat 5 kali jugalah berhenti ambil nafas. Terpaling pewai di sini.

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Pelan-pelan kayuh naik tangga ni. Trail dia mudah je, naik tangga je kan. Tapiiii...disebabkan dah hiking dan berjalan lama bila jumpa tangga ni memang taubat terus. Rasa tak sanggup nak teruskan perjalanan ke atas.

Itu yang dinamakan tangga taubat kot. Masing-masing tak berupaya nak naik tangga ni. Geng hikers yang lain pun berhenti-henti juga macam kami.

Selepas tu akan jumpa tanda tangga taubat yang ditulis mengggunakan spray ni di dinding batu. Berhadapan tangga ni ada pelantar pemerhati 3. Kalau nak berehat ke bergambar bolehlah. Tapi kami hanya ambil gambar ni je sebab di pelantar tu ada hikers lain sedang berehat.

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Masa ni berharap atas tu dah sampai lah kan. Sekali kena scam, banyak lagi rupanya anak tangga yang kena hadap.

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Tapi bila dah jumpa pelantar pemerhati 2 ni dah boleh tarik nafas lega. Kira terlepas sudah dari azab tangga taubat. Siapa yang fit cukup stamina naik tangga ni tak sampai 5 minit je kot. Kita yang lemah ni kira standard lah tu lebih masa.

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Sampai sini kami tak berhenti. Teruskan perjalanan menuju ke Cape Rachado Lighthouse. Bersambung ke entry seterusnya.

Mula dari bawah tangga taubat : 10:41 am
Tiba di atas pelantar pemerhati 2 : 10:54 am
Tempoh masa : 13 minit (+ berhenti dan ambil gambar)
Tahap kesukaran : mudah sederhana susah (bergantung pada kecergasan kaki masing-masing)
Destinasi seterusnya : Cape Rachado Lighthouse

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka