Buah epal hijau ni memang kegemaran saya. Suka gabungan masam manis dan rangup. Selain makan begitu saja dah sedap, suka juga makan epal hijau dengan serbuk asam boi. Tapi tak selalulah, kalau teringin baru campur asam boi.

Buah epal hijau rangup ni sedap juga dicicah dengan colek ganti buah mangga. Pun sedap! Sekarang tengah suka makan epal hijau dengan perahan lemon pula. 

Sedap Rupanya Makan Epal Hijau Potong Dengan Perahan Lemon

Tahun lepas masa singgah rumah abang saya, kakak ipar hidangkan buah-buahan potong. Ada buah epal hijau, epal merah, jambu batu dan buah lain yang saya tak ingat. Saya pun cubalah rasa. Eh, masam! Macam rasa lemon. Tapi sedaplah.

Saya pun tanyalah kakak ipar, perah lemon ke? Ye katanya. Dia pun tengok dari mana entah. Kita pun dah terikut-ikut dah makan buah epal hijau dengan perahan buah lemon. Peminat masam-masam ni kena cuba, memang sedap!

Potong buah epal hijau kecil-kecil, kemudian perahkan buah lemon. Sepotong perahan lemon pun dah cukup. Jangan banyak sangat, kang masam! Perah sikit buat rasa-rasa je lah. Bagi ada rasa lemon tu sikit.

Tak silap saya, perahan lemon juga dapat mengelakkan buah epal cepat lebam. Caranya dengan rendam dalam air perahan lemon dan toskan. Kalau perah terus pada buah epal, kira berhasil juga tak ye? Rasanya tak sempat lebam, dah habis ngap dah.

Rasa masam manis epal dan masam lemon bergabung memang ngam lah. Rangup pula tu. Serious sedap! Itu menurut saya lah. Silakan mencuba kalau mahu.