Pantai, salah satu tempat yang menarik di Langkawi. Kebiasaanya Pantai Cenang lah jadi tarikan utama pelancong bila sampai di Langkawi. Selain Pantai Cenang, boleh kunjungi pantai-pantai menarik yang lain di Langkawi.

baca juga : tempat menarik di Kedah

7 Pantai Menarik di Langkawi

7 pantai menarik di Langkawi

  • Pantai Cenang
  • Pantai Tanjung Rhu
  • Pantai Kok
  • Pantai Pasir Hitam
  • Datai Bay
  • Pantai Pasir Tengkorak
  • Paradise 101

1. Pantai Cenang

7 Pantai Menarik di Langkawi

Pantai Cenang menjadi tarikan utama pelancong disebabkan terdapat hotel menarik di pantai Cenang Langkawi, aktiviti menarik di Pantai Cenang Langkawi dan juga tempat makan menarik di pantai Cenang Langkawi.

2. Pantai Tanjung Rhu

7 Pantai Menarik di Langkawi

Tanjung Rhu merupakan sebuah tanjung dan sebahagiannya pantai yang landai dan indah di timur laut pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Pantai Tanjung Rhu agak terpencil jauh dari keramaian yang memiliki pemandangan air biru zamrud yang cantik. Pemandangan indah Pantai Tanjung Rhu sebuah pantai yang bersih, suci dari pencemaran.

3. Pantai Kok

7 Pantai Menarik di Langkawi

Pantai Kok merupakan sebuah teluk yang indah dikelilingi alam semulajadi yang indah seperti bukit batu kapur dan hutan hujan. Lokasinya terletak di barat Pulau Langkawi, Kedah yang sering menjadi tumpuan pasangan berbulan madu sambil menikmati permandangan matahari terbenam.

4. Pantai Pasir Hitam

7 Pantai Menarik di Langkawi

Permandangan yang indah di Pantai Pasir Hitam, lokasinya berhampiran dengan Air Hangat dan Kuala teriang. 

Pantai Pasir Hitam, sebuah pantai yang unik terbentuk hasil paduan beberapa mineral, seperti turmalin, ilmenit, dan zirkon, dengan batuan granit menyebabkan pasirnya berwarna hitam. Komposisi geologi utama pulau ini ialah granit, batu kapur, syal, dan batu lanar.

5. Datai Bay

7 Pantai Menarik di Langkawi

Datai Bay sebuah pantai yang exclusive di Langkawi. Memiliki pasir putih yang cantik dan permandangan yang indah disekelilinginya.
 

6. Pantai Pasir Tengkorak

7 Pantai Menarik di Langkawi

Pantai Pasir Tengkorak merupakan pantai yang sangat cantik. Pantainya juga tenang kerana jauh dari kesibukan kota dan sering menjadi tumpuan pengunjung. 

7. Paradise 101

7 Pantai Menarik di Langkawi

Paradise 101 merupakan pulau persendirian dan terdapat pelbagai aktiviti menarik disini seperti menaiki jet ski, banana boat, parasailing dan macam-macam lagi.

20 tempat menarik di Langkawi

  1. Dataran Lang
  2. Pantai Cenang
  3. Underwater World
  4. Air Terjun Telaga Tujuh
  5. Pulau Dayang Bunting
  6. Gunung Mat Cincang (Skybridge, Cable Car, Skyglide)
  7. Makam Mahsuri
  8. Telaga Mahsuri
  9. Beras Terbakar
  10. Telaga Air Hangat
  11. Bird Paradise
  12. Taman Marin Pulau Payar
  13. Island Hopping
  14. Taman Buaya
  15. Langkawi Wildlife Park
  16. Taman Agro Mardi
  17. Telaga Harbour Park
  18. Kilim Geoforest Park
  19. Pantai Pasir Tengkorak
  20. Tanjung Rhu
credit photo & info : Safartrips