Perlawanan JDT vs Negeri Sembilan FC merupakan perlawanan tumpuan dalam saingan Liga Super 2023 minggu keenam belas (LS16). Tuan rumah, Skuad Harimau Selatan sudah pasti akan memastikan pasukan mereka meraih 3 mata penuh bagi mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri.
Misi mereka juga untuk mengekalkan kemenangan rekod tanpa kalah sepanjang saingan Liga Super 2023 berlansung selain misi utamanya untuk bergelar Juara Liga Super 2023 buat kesepuluh kalinya. Sehingga LS15, 15 kemenangan dicipta oleh JDT dan terus gah kekal di tangga teratas.
Ini akan menjadi cabaran hebat buat Skuad Jang untuk bersaing dalam saingan LS16 menentang Juara bertahan Liga Super. Prestasi skuad Jang setakat 5 perlawanan terakhir berakhir dengan seri dan kalah dalam satu perlawanan.
Dalam saingan LS15, Negeri Sembilan FC berjaya membawa 1 mata pulang menentang Penang FC dengan terikat 1 sama. Keputusan ini tidak mengubah kedudukan Negeri Sembilan FC di tangga ke 9 dengan 19 mata.
Pembelian tiket perlawanan JDT vs Negeri Sembilan FC
Tiket untuk perlawanan Liga Super antara pasukan Kelab bolasepak JDT dan Negeri Sembilan FC pada 8 Julai 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim boleh didapati menerusi laman rasmi ticket.tickethotline.com.my
Siaran Langsung/ Live Streaming JDT vs Negeri Sembilan FC Liga Super 8 Julai 2023 LS16
Penonton di rumah boleh menyaksikan Siaran Lansung Liga Super 2023 JDT vs Negeri Sembilan FC secara lansung di saluran 803 Astro Arena Bola dan Astro GO bagi pelanggan Astro.
Boleh juga tonton secara online menerusi platform penstriman Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra perlawanan untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Live JDT vs Negeri Sembilan FC (LS16)
Waktu siaran : Sabtu, 8 Julai 2023, jam 9.00 malamTempat : Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
Siaran TV/ Platform penstriman : Astro Arena Bola (CH803), Astro GO dan Sooka
Keputusan masa penuh perlawanan JDT vs Negeri Sembilan FC Liga Super 2023 (LS16)


2 Comments
JDT tak bagi chance langsung...
ReplyDeleteYaaa..janji menang 3 mata penuh.
Delete