Berbeza dengan versi Korea, Real Men Malaysia:Wira Merah memperlihatkan kesemua peserta menyertai latihan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).


8 selebriti ini akan merasa pengalaman kehidupan dan latihan sebagai seorang rekrut baharu dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Setiap daripada mereka perlu menjalani latihan yang berat dan ringan untuk mengasah diri mereka dan menjadi sebahagian daripada pasukan bomba dan penyelamat.
REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH
Jumlah episod : 8
Mula siaran : 30 Julai 2023
Waktu siaran : Ahad, jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Ria (CH104)
Mula siaran : 30 Julai 2023
Waktu siaran : Ahad, jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Ria (CH104)
Senarai 8 Selebriti Real Men Malaysia : Wira Merah
Lapan selebriti yang menyertai dalam rancangan realiti ini adalah atlet negara speed climbing Mat Redho, pempengaruh media sosial Arieff Yong, pelawak Shashic, model Eric Lay, hos Daniel Cheang dan Hawa Rizwana serta pelakon Wafiy dan Jasmine Suraya.
Lokasi penggambaran
Lokasi penggambaran rancangan Real Men Malaysia Wira Merah 8 episod ini dilakukan sepenuhnya di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai, Terengganu bagi menunjukkan kehidupan sebenar ahli bomba dan penyelamat Malaysia menerusi paparan barisan selebriti yang dipilih.
Cabaran Real Men Malaysia: Wira Merah
Setiap episod menunjukkan realiti emosi dan cabaran yang perlu diharungi oleh pasukan bomba Malaysia termasuk tatacara memakai pakaian operasi, membentang dan menggulung hos, teknik penyelamatan di bangunan yang runtuh, teknik pemadaman kebakaran dan selainnya.

Saksikan cabaran tersebut dalam rancangan program realiti Real Men Malaysia: Wira Merah setiap hari Ahad jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria.
0 Comments