Metro Crime Series (MCS) Siapa Lelaki Itu?, drama arahan Megat Sharizal & Faizul A Rashid terbitan Razors Edge Pictures. Skrip pula ditulis oleh Hafiz Abdullah dan dua beradik iaitu Hadi M Nor dan Haris M Nor yang merupakan anak kepada kartunis tersohor, Datuk Lat.
DRAMA METRO CRIME SERIES (MCS) : SIAPA LELAKI ITU?
Jumlah episod : 10Mula siaran : 6 Julai 2023
Siaran TV/ Platform penstriman : Tonton
Penulis skrip : Hafiz Abdullah, Hadi M Nor dan Haris M Nor
Pengarah : Megat Sharizal & Faizul A Rashid
Produksi : Razors Edge Pictures

PELAKON DAN WATAK
Dibintangi oleh Zahirah Macwilson, Aloy Paradoks, Mustaqim Bahadon, Chew Kin Wah, Wan Raja, Nia Atasha, Aqilah Abas, Megat Adli, Amanda Tan, Azhar Sulaiman, Azri Iskandar, Aleza Shadan, Zarynn Min dan ramai lagi.- Zahirah Macwilson sebagai Fatema
- Aloy Paradoks sebagai Rozimi
- Mustaqim Bahadon sebagai Marzuki
SINOPSIS METRO CRIME SERIES (MCS) SIAPA LELAKI ITU
Kisah fiksyen yang diilhamkan dari kes-kes jenayah berprofil tinggi yang pernah berlaku di Malaysia. Fatema, seorang wartawan Harian Metro yang panas baran, kuat merokok, memperjuangkan hak wanita dan nekad untuk menegakkan kebenaran.

Fatema dan Rozimi, dua orang wartawan di meja jenayah, Harian Metro ditugaskan untuk melaporkan kes pembunuhan berprofil tinggi, gadis bernama Syerinie yang dibunuh oleh seorang lelaki misteri. Kehidupan Syerinie yang pernah bekerja di kelab malam dan kemudian menghilangkan diri selama setahun menyulitkan lagi siasatan.
2 Comments
macam best...kat mana nak tengok selain tonton hahahaha
ReplyDeleteYang tu tak pasti, kena godek godek tele kot ada.
Delete