Banyak pula entri cookies bulan ni. Sebenarnya gambar bulan Jun ni, diperam masuk bulan Julai. Bila mood blog dah sampai jangan ditangguh-tangguh. Kelak nanti entri tak jadi. Selain dapat tart nanas nyonya yang sedap itu, dapat juga belgian chocolate chips with sea salt cookies.

Fuhh...panjang betul nama biskutnya pun! Belgian chocolate chips with sea salt cookies adik ipar bawa masa datang rumah bersama dengan bento cake birthday. Beli dikedai yang sama kaedahnya.

Belgian chocolate chips with sea salt cookies dalam balang bersaiz sederhana. Tak pasti berapa pcs dalamnya. Sebenarnya pertama kali nampak Belgian chocolate chips with sea salt cookies dan pertama kali jugalah merasa.

Belgian chocolate chips with sea salt cookies

Belgian chocolate chips with sea salt cookies mengancam tekak betul. Cookies yang rangup dengan chocolate chips yang cair dimulut. Ditambah pula taburan sea salt atasnya, sesekali rasa masin-masin garam laut yang tak berapa masin tu.

Eh, sedap juga cookies ada taburan sea salt di atasnya! Biskut kayangan ni. Belgian chocolate chips with sea salt cookies ni biskut dah lama di pasaran ke baru lagi? 

Belgian chocolate chips with sea salt cookies

Sedap biskutnya pun! Orang bagi memanglah sedap. Ye tak ye kan..Tak, sebenarnya memang sedap pun. Kalau ikut nafsu makan memang boleh habis sebalang. Tapi kita ni jenis behave makan, tak adalah habis kan sebalang walau sedap mana. 

Behave lah sangat kan. Hari ketiga dah licin tinggal habuk biskut je. Apooo...tandanya memang sedap lah tu. Adik ipar beli di Vanilla Lemon Bakery berdekatan KFC Kuala Pilah. Nak rasa bolehlah membeli buat raso-raso. Kalau sedap boleh beli lagi.