Kami datang sekadar nak into the scene bergambar di tempat viral laluan pintu 1 ke Taman Negara Gunung Ledang, Johor tu je. Demi berkeping keping gambar raya yang cantik, why not. Lagipun dari Segamat ke Taman Negara Gunung Ledang ambil masa lebih kurang sejam macam tu.
Dah tak ada buat apa kat rumah layan, jomlah kita ke Gunung Ledang kejap. Masa kami sampai tak banyak kereta lagi. Dapatlah juga gambar clean sikit tanpa kereta lain berlatarbelakang kan Gunung Ledang di jalan lurus.
Laluan pintu 1 ke Taman Negara Gunung Ledang, salah satu tempat menarik untuk aktiviti photoshoot di Johor. Kalau terlimpas tu, silalah singgah. Kalau datang waktu pagi-pagi lagilah cantik dengan kabus.
Laluan pintu 1 ke Taman Negara Gunung Ledang, salah satu tempat menarik untuk aktiviti photoshoot di Johor. Kalau terlimpas tu, silalah singgah. Kalau datang waktu pagi-pagi lagilah cantik dengan kabus.
Kita datang waktu tengahari, lighting on point dapatlah gambar latar belakang yang cantik dengan langit membiru awan putih berkepul-kepul.

Struggle juga ye nak ambil gambar di sini. Lagi-lagi tengah jalan. Kena setting tripod, kena cepat-cepat ambil gambar. Kena alert kenderaan lalu-lalang. Mujurlah masa kami datang tak banyak kenderaan lalu dan lengang sikit. Right timing lah kiranya.
Raya pertama memang ramai datang sini bergambar raya katanya. Jangan jadi macam Highway Temiang ala New Zealand tu pula, bila dah viral lepas tu ramai yang datang dan sesak. Tup tup tidak dibenarkan berhenti pula. Pandai-pandailah jaga diri jangan leka asyik bergambar je ye.

2 Syawal bertemakan warna merah hati dan maroon gitu. Baju melayu encik suami pakai semula je baju 1 Syawal 2019 dengan pants hitam. Saya pula pakai baju kurung plain dan match kan dengan kain baju raya 1 Syawal 2022. Benda boleh mix and match dan jimat kan.
2 Comments
Cantiknya gambar Fizah di tengah jalan tu. Latar belakangnya pun menarik, bukit-bukau dan awan putih cemerlang!
ReplyDeleteLatar belakang yang mahal tu Kak Amie. Itu yang gigih juga ambil gambar kat sini. Hihi...
Delete