Menurut kenyataan media 16 Januari 2023 dari Perdana Menteri, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Bernilai RM1.67 Bilion akan dikreditkan kepada penerima bantuan yang layak secara berperingkat mulai hari Selasa, 17 Januari 2023. 

Apakah Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah adalah penjanamaan semula Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada pentadbiran lalu untuk golongan B40 yang layak. Konsep bantuan tunai rakyat 2023 ini sama seperti BR1MBSHBPNBPR dan BKM.

Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, konsep Payung Rahmah diperkenalkan sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif bagi membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada Januari berbanding perancangan awal pada Mac bagi meringankan beban sara hidup rakyat. Pembayaran fasa pertama melibatkan 8.7 juta rakyat bernilai RM1.67 juta dan akan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di pangkalan data STR.

Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1

Pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa) seperti pada jadual di bawah.

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1

Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.

Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.

Jumlah Bayaran STR Fasa 1 2023

STR fasa 1 membabitkan kategori penerima isu rumah berjumlah empat juta dengan kadar RM300, 1.2 juta warga emas tanpa pasangan bagi kadar RM100 manakala 3.5 juta golongan bujang menerima RM100.

Semakan status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023

Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023 dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/

sumber : twitter PM Anwar Ibrahim