Kacang edamame Tesco (Lotus) masih lagi stok. Entah bila nak habis tak tahu lah sebab makan sorang je. Encik suami tak minat pulak. Sebelum ni cara masak kacang edamame saya guna kaedah kukus. Kali ni cuba cara merebus kacang edamame pulak. 

Cara masak kacang edamame rebus

Cara merebus kacang edamame, didihkan air letak garam sikit. Lepas air dah mendidih baru saya masukkan kacang edamame yang telah dibasuh. Agak agak dah masak dan bertukar warna sikit angkat dan toskan.

Bila merebus ni dia berair sikit, jadi toslah dulu ye. 

Kacang Edamame Rebus

Cantik kejadian warna kacang edamame selepas direbus. Masih kehijauan. Sebelum ni kukus tak letak garam. Bila merebus ni letak garam ada lah rasa sikit. Rangup dan berlemak tu dah tentulah.

Kacang Edamame Rebus

Nama lain selain kacang edamame :
  • kacang jepang
  • kacang kedelai
  • kacang bulu
  • kacang kapri
  • kacang asam urat