Drama Ratu Ten Pin 2 (musim kedua) kesinambungan Ratu Ten Pin akan bersiaran di saluran Astro Ria. Ratu Ten Pin 2 Dibintangi pelakon Elisya Sandha, Syaidatul Afifah, Nasz Sally, Wani Kayrie, Nazim Othman, Jasmine Suraya dan ramai lagi.

drama ratu ten pin 2 full episode

DRAMA RATU TEN PIN 2

Jumlah episod : Akan dikemaskini
Mula siaran : 11 Julai 2022
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, jam 11:00 malam
Siaran TV : Astro Ria, Astro Go
Siaran TV : Astro Ria
Pengarah : Azman Yahya
Produksi : JS Pictures Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Elisya Sandha sebagai Norma
  • Syaidatul Afifah sebagai Sandra
  • Nazim Othman sebagai Arief
  • Sheila Rusly sebagai Mem Maria
  • Nasz Sally sebagai Nurin
  • Wani Kayrie sebagai Suzana
  • Jasmine Suraya sebagai Shalin

SINOPSIS RATU TEN PIN 2

Norma, Reez, Sandra dan Suzana kini telah menjadi pemain senior dalam pasukan boling negara. Namun, Reez dan Suzana ingin menarik diri daripada pasukan tersebut, walaupun minatnya dalam sukan boling masih tinggi, Reez tetap memilih untuk mengutamakan masanya bersama dengan keluarga setelah persengketaan dengan bapanya menjadi baik untuk menguruskan legasi bisnes keluarganya.

Selepas Reez menarik diri, pasukan boling negara menjadi kekurangan seorang pemain. Maria, jurulatih pasukan tersebut mengambil Shalin sebagai pemain baharu untuk mencukupkan bilangan pemainnya. Shalin merupakan seorang pemain boling yang handal tetapi tidak dikenali oleh orang ramai. Norma dan Sandra juga pernah mengetahui tentang kehebatan Shalin dalam sukan ini.

Norma yang merasakan dirinya sebagai pemain nombor satu negara terasa terancam dengan kehadiran Shalin. Dia akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Shalin dan mengekalkan dirinya sebagai pemain nombor satu dalam pasukannya.