Telefilem Maulidur Rasul datang lagi, telefilem istimewa sempena Maulidur Rasul disiarkan pada hari Isnin, 18 Oktober 2021 jam 10:00 malam di TV3. Menampilkan lakonan Ropie, Nafiz Muaz, Eyka Farhana, Razak Ahmad, Aleza Shadan, Erul Samah, Johan As’ari dan ramai lagi.

Telefilem Maulidur Rasul Datang Lagi

TELEFILEM MAULIDUR RASUL DATANG LAGI

Waktu siaran : Isnin, 18 Oktober, jam 10:00 malam
Siaran TV :  TV3
Pengarah : Khairul Rizam

SINOPSIS MAULIDUR RASUL DATANG LAGI

Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Adam (Nafiz Muaz) berumur 22 tahun yang ingin berubah dari seorang gangster kepada seorang yang baik.

Perubahan Adam berlaku apabila dia berjumpa Felora (Eyka Farhana) yang membantunya ketika teruk dibelasah oleh sekumpulan gangster. Felora mengajak Adam untuk memasuki pertandingan nasyid anjurannya. 

Rakan-rakan gangster Adam mentertawakannya kerana menganggap gangster tak boleh bernasyid. Mereka terkejut apabila Adam memberitahu mereka pertandingan itu menjanjikan hadiah wang tunai. 

Adam pula mulai menyedari cara kehidupannya yang salah dan cuba berubah. Pelbagai cabaran dihadapi oleh Adam. Bagaimanakah kesudahan Adam dan rakan-rakan gangsternya?

PELAKON DAN WATAK

  • Nafiz Muaz sebagai Adam
  • Eyka Farhana sebagai Felora
  • Johan As’ari sebagai Thaqib
  • Ropie sebagai Abang Pico
  • Razak Ahmad sebagai Papa Felora
  • Aleza Shadan sebagai Mama Felora
  • Erul Samah sebagai Epit
  • Bidin Al Zaifa sebagai Nopal