Bulan September sudah pun berlalu. Harini masuk 1 oktober 2021, kita buka muka surat baru, muka surat 273 daripada 365. Bermulalah episod baru kisah baru di bulan Oktober.

Malaysia dijangka akan memasuki fasa endemik COVID-19 pada penghujung Oktober, selepas 80 peratus penduduk menerima dos lengkap. Katanya lebih banyak kelonggaran bakal diberikan kepada rakyat, menjelang peralihan fasa endemik nanti.

Bersedia atau tidak, kita terpaksa menjalani kehidupan bersama COVID-19 dalam fasa endemik ni. Jangan pernah leka dengan SOP, kita masih belum menang lagi. Jangan ada dos ketiga sudah lah ye. Risau kadang.

Kita doakan yang baik baik di hari hari yang mendatang. Semoga Allah pemudahkan segala urusan kita semua. 

Yang pastinya bulan Oktober, banyak sektor akan dibuka. Anak anak mula bersekolah, mak ayah pun akan kembali bekerja. Rutin jadi kembali sibuk. Oh ya..Siapa mohon i-citra, bayaran i citra oktober 2021 ni. 

calendar october 2021

Hope : "Two roads diverged in a wood and I took the one less traveled by, and that has made all the diferrence".
Me : Let me guess, ' The road not taken' by Robert Frost?'


Cuti Umum Bulan Oktober 2021

2 Oktober : (Sabtu) : Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sabah (Sabah)
9 Oktober : (Sabtu) : Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak (Sarawak)
19 Oktober : (Selasa) : Maulidur Rasul (Semua Negeri)

Tak banyak cuti oktober 2021 tapi rasanya masing masing dah puas bercuti kat rumah. Cuma bercuti cuti makan angin je belum. Sekarang pun sektor pelancongan pun dah rancak beroperasi semula. Nanti-nantilah kita rancang bila masa yang sesuai untuk bercuti. 

Gelembung Langkawi pun dah ada kes positif COVID-19, Ulu Bendul pun dah tutup sebab ada kes. Patutlah haritu lalu orang tak ramai. Dapat tahu pun dalam ceramah Ustaz Syamsul Debat.

calendar october 2021

Sometimes the right path is not easiest one
-Pocahontas-

Sama-samalah kita kuatkan iman. Zaman pandemik yang mencabar ni, tak dinafikan masing masing rasa tertekan. Masing-masing ada masalah sendiri. Ada yang hilang pekerjaan, ada yang hilang pendapatan, ada yang kehilangan ahli keluarga, dan macam macam lagi dugaan. 

Semoga Allah berikan kita kekuatan dalam menghadapi segala ujian. Aaaminn...