Agak-agak kenapa daun keladi keladi viral tiba-tiba? Adakah kerana orang baru perasan corak daunnya cantik? Sebelum ni viral pokok lidah mentua sampai harganya pun melambung tinggi. Yang tak suka pokok bunga tiba-tiba terjebak buat koleksi tanaman. Kan?

Keladi viral 2021, keladi viral mahal di abad ini. Siap ada yang mencuri tu yang tak tahan tu. Sampai pokok bunga pun nak dicuri. Tak faham betul motifnya. Mungkin sebab harga pokok keladi hiasan jadi mahal.

Ada pelbagai jenis pokok keladi. Ada jenis pokok keladi hiasan, ada jenis pokok keladi bunga, ada jenis pokok keladi beracun dan ada jenis pokok keladi hutan. Tidaklah saya tahu jenis jenisnya sangat. 

Sebahagian pokok keladi hiasan koleksi mak saya ada beberapa jenis je. 

Thai Beauty Caladium

Caladium Thai Beauty

Pink Beauty Caladium

Caladium Pink Beauty

Red Ruffle Caladium

Red Ruffle Caladium


Gingerland Caladium

Gingerland Caladium

White Wing Caladium

White wing caladium

Sebelum ni saya pernah update pokok keladi white wing ni, tapi saya terkeliru sikit white wing atau icicle. Rupa macam lebih kurang. Kalau tahu, boleh lah komen di bawah.

Lepas ni jangan tanya saya jual ke tak atau nak beli. Saya kongsi gambar koleksi pokok bunga keladi hiasan mak saya je. Satu jenis ada satu je. Nak jual macamana pulak kan. Biasanya saya dapat email bila ada pembaca yang tak baca entri penuh.

Penat penat kita taip dia tak baca pulak.