Maybank debit card expired? Mulalah gelabah nak tukar kad debit Maybank. Lambat tukar kad debit Maybank nanti parah pula kalau tak boleh guna. Satu hal pula tak boleh nak buat sebarang transaksi.

Agak leceh juga nak ke bank bila ada urusan penting macam ni. Musim COVID-19 ni kalau ada urusan penting di bank perlu buat temujanji dahulu . Beratur lama itu pasti jika ramai yang ada urusan di bank. Almaklumlah musim COVID-19 serba serbi urusan jadi lambat sebab ambil masa lama sikit dari biasa.

Baru-baru ni katanya dah boleh tukar kad debit Maybank secara online je. Rasanya bukan Maybank  je dah boleh tukar kad debit secara online. Bank lain pun dah boleh tukar kad ATM online je. Mudah lagi, kan?

Cara tukar kad debit Maybank secara online jadi mudah dan kad pun akan dihantar terus ke rumah. Bagus betul macamni.

Cara Tukar Kad Debit Maybank Secara Online

Bukan hanya Maybank debit card expired je boleh ditukar ganti secara online. Cara buat kad ATM Maybank baru boleh dibuat secara online je. Semua kad debit lah senang cerita kecuali kad ATM hilang, dicuri atau terlupa nombor PIN. Kaedah tukar kad debit Maybank online jadi mudah tanpa perlu berurusan di mana-mana cawangan bank.

Cara tukar kad debit Maybank secara online

1. Log masuk Maybank2U
2. Klik settings
3. Klik Cards
4. Pilih Debit Cards dan pergi ke Replace, Activate & Block (Klik dropdown segitiga terbalik)
5. Klik titik tiga
6. Klik Replace Card
7. Isikan alamat untuk penghantaran kad, poskod dan negeri. Klik T&C untuk setuju dan tekan REPLACE CARD.
8. Tekan request SMS TAC dan isi TAC yang diterima diruangan yang disediakan.
9. Masukkan nombor TAC dan klik CONFIRM.

Kad baharu akan dihantar terus ke rumah dalam tempoh masa 9 hari bekerja dari tarikh permohonan sekiranya alamat di Malaysia. 30 hari waktu bekerja untuk alamat di luar negara.

Renew Maybank debit card online juga akan dicaj sebanyak RM12.00 sama seperti pertukaran kad atam di cawangan bank. Ia akan ditolak dari baki akaun semasa atau akaun simpanan.

Selepas kad ATM baru sampai di rumah, kad ATM perlu diaktifkan melalui dua cara iaitu secara online atau di mana-mana ATM Maybank.

Cara aktifkan kad ATM Maybank online

1. Log masuk Maybank2U
2. Klik Settings
3. Klik Cards
4. Klik Manage Debit Cards
5. Klik Activate

Cara aktifkan kad ATM Maybank melalui mesin ATM

1. Masukkan kad
2. Pilih bahasa
3. Masukkan nombor PIN
4. Pilih Transaksi lain
5. Pilih Perkhidmatan lain
6. Tekan skrin berikutnya
7. Tekan pada Pengaktifan Kad

Sebagai peringatan, kad debit baharu perlu diaktifkan dalam tempoh masa 90 hari selepas diterima. Jika gagal untuk aktifkan kad debit baharu, perlu membuat permohonan semula dan caj juga akan dikenakan sebanyak RM12.

Boleh kekalkan nombor PIN yang sama tanpa perlu tetapkan nombor PIN baharu. Untuk tukar nombor PIN baharu, boleh berurusan di mana-mana ATM cawangan Maybank.

Apa tunggu lagi? Sila semak kad debit masing-masing. Manalah tahu dah dekat nak expired ke kan.

Sumber : debit card replacement via Maybank2u