Sijil digital vaksin COVID-19, salah satu benda terpenting zaman pandemik ni. Sijil digital vaksin mysejahtera adalah sebagai bukti individu tersebut telah lengkap divaksin. Jangan pula jadi individu yang belum divaksin tapi gunakan sijil digital vaksin MySejahtera palsu.

Cara memohon sijil digital pengecualian vaksinasi COVID-19 (sijil pengesahan khas vaksin) bagi individu yang tidak boleh divaksinasi atas masalah kesihatan tertentu bolehlah ikut cara yang KKM Malaysia kongsikan di bawah. 

Cara untuk memohon Sijil Digital Pengecualian Vaksinasi
sumber: KKM | moh.gov.my

Cara dapatkan sijil pengesahan khas vaksin

Langkah-langkah untuk memohon Sijil Digital Pengecualian Vaksinasi (Exemption Certificate) COVID-19 bagi individu yang tidak boleh divaksinasi atas masalah kesihatan tertentu.

1. Sila bawa slip Penilaian Pra-Vaksinasi (Pre-Vaccination Assessment/PVA) dan dapatkan pengesahaan daripada pakar perubatan yang berdaftar yang merawat anda.

2. Kemudian bawa slip PVA yang telah disahkan ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berdekatan untuk memohon sijil digital pengecualian vaksinasi.

3. Sijil digital anda akan diproses dalam tempoh 7 hari oleh MySejahtera.

Saya baca dari twitter, ramai juga yang belum dapat sijil digital vaksin selepas lengkap vaksin.