Stok buah habis, beli pulak buah anggur hitam tanpa biji. Sesekali tukar stok buah kat rumah. Manfaat buah anggur tanpa biji pun banyak juga kan. Setiap buah tu ada nutrisinya. Tapi saya ada terbaca buah anggur hitam tanpa biji berbahaya.

Saya pun carilah maklumat tentang itu. Jumpalah artikel tentang buah tanpa biji ni bahaya atau tidak. Boleh baca mitos GMO buah tanpa biji yang telah terjawab. Sila baca kalau nak tahu lebih lanjut lagi.

Harga anggur hitam tanpa biji Malaysia biasanya satu pek dalam lingkungan belasan macam tu. Selalunya buah tanpa biji ni mahal sikit daripada yang berbiji. 

Untuk menghasilkan buah anggur tanpa biji bukan mudah. Dia tak tumbuh semulajadi tanpa biji tapi sebaliknya perlu guna teknik kultur tisu seperti yang saya baca dalam artikel tersebut. Bukan kerja mudah kan. 

Jadi, kita nikmatilah buah anggur tanpa biji ni dengan rasa bersyukur. Mudah nak makan terus kunyah tanpa perlu risau tergigit biji dan buang bijinya.

Buah Anggur hitam Tanpa Biji

Comel-comel saiz buah anggur tanpa biji berbentuk lonjong ni. Ada terselit warna ala merah sikit disitu. Sebelum makan pastikan cuci dulu. Saya cuci guna kaedah rendam dengan garam bukit himalaya halus pink tu.

Kebaikan cuci dengan garam himalaya
  • Membersihkan kotoran yang melekat pada buah
  • Mematikan ulat atau kutu sayur
  • Dapat menanggalkan bahan kimia yang terdapat pada makanan
  • Mencegah pengoksidaan
  • Sayur dan buah tahan lebih lama
  • Boleh di simpan semula selepas dibersihkan

Dah ambil gambar lupa pulak nak potong separuh tunjuk keratan rentas buah anggur tanpa biji ni. Haiyaaa...