Baru nak ambil feel blogwalking semalam. Tiba tiba tengah syok nak tinggalkan komen keluar pulak ayat ni

 " Anda sudah membuat bilangan maksimum ulasan untuk hari ini, sila cuba lagi esok.

Warna merah tu yang tak tahan tu. Marah kita ke wak? Baru tinggalkan beberapa komen je pun. Sejak bila pulak tak boleh tinggalkan komen banyak-banyak? Sejak bila pulak ada had maksimum tinggalkan komen? 

Nampak tak permainan dia macamana. Lepas satu, satu lagi masalah muncul. Sajalah tu tak nak bagi komen banyak banyak. 

Benda ni baru je malam tadi. Ada yang pernah jadi macam ni tak? Benda ni jadi lepas banyak kali keluar gambar gambar kena pilih tu. 

Anda sudah membuat bilangan maksimum ulasan untuk hari ini, sila cuba lagi esok.

Tapi selepas beberapa minit, saya tekan publish semula. Eh boleh pulak. Komen muncul. Lepas refresh, komen hilang. Dia buat perangai dahhhh...Beberapa kali saya tinggalkan komen ada, lepas tu hilang lagi. 

Kena check lah di bahagian comment spam. Kalau ada duplicate komen tu bolehlah delete ye. Terima kasih. Kalau lama tak singgah komen tu faham-fahamlah ye.

Nota untuk Kak NA : Adakah merah ni yang akak maksudkan?