Kembalikan sinarnya, sebuah telefilem ulang siar bersiaran pada hari Sabtu ini 2 Oktober 2021 jam 9:00 malam di slot Cerekarama TV3. Telefilem pelakon kembalikan sinarnya dibintangi  Aedy Ashraff, Nurul Hanynaa, Hafidz Roshdi, Dian P Ramle, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Telefilem Kembalikan Sinarnya Cerekarama TV3

TELEFILEM KEMBALIKAN SINARNYA

Ulang Siar : 2 Oktober 2021 (Sabtu),  jam 10:00 malam
Siaran Pertama : 21 Julai 2018 (Sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Pengarah : Khalid Nadzri
Terbitan : Wiranusa Corporation Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Aedy Ashraff sebagai Azali
  • Nurul Hanynaa sebagai Uzma
  • Hafidz Roshdi sebagai Zahir
  • Dian P.Ramlee sebagai Azimah
  • Eyka Farhana sebagai Julia

SINOPSIS KEMBALIKAN SINARNYA

Azali (Aedy Ashraff) seorang pemuda yang suka berfoya foya. Azali tidak bekerja dan hanya mengharapkan duit dari bapanya. Bapanya pula sering ke luar negara untuk bekerja. Disebabkan itu, Azali dimanjakan dengan wang bukan kasih sayang. 

Hubungan ibu dan bapa Azali pun semakin renggang. Dahulunya Azali adalah anak didik dan cucu angkat arwah atuk Uzma (Nurul Hanynaa) yang penuh dengan didikan agama. Segalanya berubah bila Azali berpindah ke Kuala Lumpur. 

Satu Hari Azali kemalangan dan selepas Azali keluar hospital ibu Azali, Azimah (Dian P.Ramlee) ambil keputusan untuk balik ke kampung dengan harapan dapat memulihkan hubungannya dengan Azali dan berharap Azali akan berubah.