Dendam Kesuma, sebuah filem genre suspense thriller lakonan Jefri Jefrizal, Bella Paloma, Haliza Khalili, Nazreen Putra, Marissa Ezureen diarahkan oleh Jefri Jefrizal sendiri dibawah terbitan produksi Richplus Media Sdn Bhd.

Film Dendam Kesuma merupakan filem arahan pertama Jefri Jefrizal lakonan bersama isteri dan anak-anaknya serta pendatang baru Bella Paloma. Nantikan tayangan Film Dendam Kesuma pada 4 November 2021 di pawagam selepas 4 kali tangguh tayangan.

film dendam kesuma

FILEM DENDAM KESUMA

Tarikh tayangan : 4 November 2021
Pengarah : Jefri Jefrizal
Produksi : Richplus Media Sdn Bhd

SINOPSIS DENDAM KESUMA

Mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Hadri (Jefri Jefrizal), dia mula alami kemurungan dan tekanan perasaan sejak berpindah balik ke rumah ibu mentuanya, Kesuma.

Hasil perkahwinannya dengan Meena, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu  Ali (Nazreen Putra) dan Suri (Marissa Ezureen). Namun, suasana di dalam rumah agak tertekan dan suram akibat mengalami pelbagai gangguan yang sering dihadapi oleh keluarganya.

Meena pula sentiasa menasihati Hadri supaya mendekatkan diri dengan Allah. Bagaimanapun, nasihat Meena itu tidak diendahkan oleh Hadri.

Suri juga mengalami gangguan di mana dia sering didekati oleh seorang nenek yang tidak dikenalinya. Justeru itu, sikap aneh Suri itu sering menimbulkan persoalan kepada Meena.

PELAKON DAN WATAK

  • Jefri Jefrizal sebagai Hadri
  • Bella Paloma sebagai Meena
  • Haliza Khalili sebagai Kesuma
  • Nazreen Putra sebagai Ali
  • Marissa Ezureen sebagai Suri

LAGU TEMA (OST)

Lagu : Tentang Dia
Penyanyi : Usop One Band